Header Ads

Header ADS

Bekas Pengarah Kemas didakwa luluskan kertas kerja palsu


KOTA BHARU -
Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meluluskan borang permohonan kertas kerja palsu berjumlah RM15,450 tahun lalu.

Tertuduh, Anuar Mat Zin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh ketika itu sebagai Pengarah Kemas negeri Kelantan didakwa meluluskan borang permohonan dan justifikasi yang mengandungi butiran palsu berhubung kertas kerja Bengkel Penyelarasan Desa Harapan Kemas Kelantan 2019 berjumlah RM15,450 selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai 2019 di sebuah hotel di Gua Musang.

Anuar didakwa dengan niat memperdayakan Ketua Pengarah Kemas sedangkan bengkel tersebut dijalankan selama sehari iaitu pada 25 Julai.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Pengarah Kemas, Wisma Persekutuan Kota Bharu di sini pada Julai tahun lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nor Hamizah Ghazali Nor Hamizah mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan pasportnya ditahan selain melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Peguambela tertuduh, Shahidah Muslimah Roslan bagaimanapun memohon ikat jamin sebanyak RM3,000 kerana masih menanggung dua orang anak berusia 19 dan 17 tahun yang masih belajar dan menjaga ibunya berusia 78 tahun yang sudah uzur.

Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM 7,000 dan mengarahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta perlu melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM terdekat.

Tertuduh membayar wang jaminan dan mahkamah menetapkan 7 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

#Sumber :  SH  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.