Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng buat rundingan berkait projek sisa pepejal, kata pegawai Zuraida


KUALA LUMPUR:
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin tidak terlibat dalam projek sisa pepejal Taman Beringin, kata setiausaha politiknya hari ini.

Nor Hizwan Ahmad berkata, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng merundingkan projek itu dengan kontraktor Bumi Segar Indah Sdn Bhd.

Beliau merujuk kepada salah satu projek rundingan terus yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Lim memutar-belitkan fakta untuk merosakkan imej politik Zuraida,” katanya.

Menurut Hizwan, fasa pertama projek sisa pepejal itu bermula ketika Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Zuraida bukan menteri pada waktu itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

Hazwan berkata, selepas PH mengambil alih kerajaan, projek tersebut ditangguhkan kerana PH tidak mahu meneruskan mana-mana projek rundingan terus melainkan ia benar-benar perlu.

“Pada 21 Ogos 2018, Kementerian Kewangan mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya mengemukakan permohonan baru bagi projek sisa pepejal tanpa pengetahun menteri.

“Kemudian pada 21 Nov 2018, ketua setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan menerima surat daripada Bumi Segar Indah Sdn Bhd yang memaklumkan bahawa syarikat itu telah membincangkan projek berkenaan dengan Lim,” katanya.

“Justeru Lim berbincang dengan kontraktor berhubung projek itu, bukan Zuraida.

Terdahulu Zuraida berkata, projek sisa pepejal Taman Beringin bernilai RM170.3 juta diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 20 Februari 2019, yang ditujukan kepada ketua setiausaha kementerian beliau.

Zuraida mendakwa penasihat syarikat Bumi Segar Indah mewakili kementerian beliau dalam mesyuarat dengan Lim pada 28 Nov 2018 yang menyaksikan Lim membincangkan rundingan semula projek itu dan bersetuju mengurangkan kos “tipping fee” sebanyak 10%.

Beliau berkata, Lim kemudiannya menasihatkan Bumi Segar Indah supaya mendekati kementerian beliau dan mengemukakan perincian rundingan semula itu dan seterusnya diikuti dengan cadangan formal.

Zuraida berkata, beliau juga bersedia menyerahkan semua dokumen berkaitan 2 projek rundingan semula membabitkan kementeriannya kepada pihak berkuasa sekiranya siasatan dibuat.

#Sumber :  FMT  

MR :  Adakah 2 kes ini boleh dikaitakan dengan pecah amanah? Tunggu apa kata SPRM   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Haha..kalau dah tau 21 Nov 2018 pihak kontraktor dah membincangkan dng Lim kenapa tak halang? Kenapa hanya membiarkan Lim berbincang dgn kontraktor? Padahal awak Menteri dan Lim menteri.. sama level je.. lainlah kalau Lim tu boss dia.. nampak sgt Zuraida merestui apa yg Lim buat tu.. sbb tu takde bantahan.. maklumlah sama kapal.. lepas tu bila tak sehaluan terus nak salahkan Lim.. nampak jelas Zuraida tak buat keje dia.. padahal boleh je nak berhubung dgn Lim utk mintak kebenaran berurusan sendiri dgn kontraktor.. lainlah kalau Lim menolak apabila telah meminta kebenaran.. yg sebenarnya mase tu Zuraida dah tak sebulu lagi dgn Lim.. bila Lim dapat tau macam tu dia pun bypass Zuraida sbb kalau melalui Zuraida pun dia akan buat bodo je.. Zuraida kalau boleh biar Lim dtg melutut dpn dia.. dia taknak ambik tau dan malas dah nak berurusan dgn Lim lagi.. kan senang jawab macam tu daripada berbelit2 lepas tu terbelit diri sendiri.. makan gaji buta je masa jadi menteri PH dulu Zuraida ni..

    BalasPadam