Header Ads

ads header

Flash News

Guna Waze didakwa punca masuk lorong motosikal


Kuala Lumpur:
Dua pemandu kereta mendakwa memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur menghala ke Klang berhampiran Petaling Jaya, semalam, kerana mengikut panduan aplikasi navigasi, Waze.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sudah melihat dua rakaman video tular di media sosial menunjukkan kereta Toyota Vios serta Perodua Bezza menggunakan laluan motosikal di lokasi berkenaan pada 12 tengah hari.

Katanya, berdasarkan siasatan rakaman itu, kereta Toyota Vios berkenaan dipandu seorang lelaki tempatan, manakala pemandu kereta Perodua Bezza terbabit pula adalah wanita tempatan yang masing-masing berusia 33 tahun.

"Kedua-dua pemandu berkenaan membuat pengakuan awal memaklumkan mereka memandu menggunakan aplikasi Waze yang mengarahkan untuk masuk ke sebuah lorong kecil.

"Bagaimanapun, mereka mula menyedari kesilapan memasuki lorong motosikal selepas melihat banyak kenderaan masuk ke laluan berkenaan sebelum diberhentikan penunggang motosikal yang menunjukkan jalan keluar ke jalan utama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, kedua-dua pemandu kereta itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan di IPD Petaling Jaya, malam tadi.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

Terdahulu, dua rakaman video menunjukkan dua kenderaan terbabit melalui lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang berhampiran Petaling Jaya tular di media sosial sejak semalam.

#Sumber :  HMetro  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan