Header Ads

ads header

Flash News

Hanya sandiwara Anwar, ganggu PRN Sabah - Azizah


BONGAWAN:
Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu adalah sandiwara semata-mata.

Malah Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun juga menyifatkan kenyataan Anwar itu bertujuan mahu mengganggu proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Jadi, apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim itu satu cerita sensasi dan sandiwara... biasalah dia tu kan.

“Dulu pun dia (Anwar) pernah menyatakan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyertai PKR dan akan menubuhkan kerajaan pada 16 September tetapi itu semua sandiwara dia... permainan dia,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Dalam sidang media awal hari ini, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau telah mempunyai sokongan majoriti yang kukuh daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membentu kerajaan baharu.

Ujarnya lagi, dengan sokongan itu, Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ‘jatuh’.

Tegas Azizah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sabah, beliau dan ahli Parlimen Bersatu sentiasa menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

#Sumber : Astro   

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan