Header Ads

ads header

Flash News

Harga RON95, RON97, turun lima sen


KUALA LUMPUR:
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun lima sen seliter, masing-masing kepada RM1.66 dan RM1.96 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 18 September.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak enam sen seliter kepada RM1.72.

Katanya, penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara minggu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

#Sumber :  BH  

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan