Header Ads

Header ADS

Isham Jalil jawab kenyataan SU Agong PAS dengan angkuh


Dengan segala hormat.

PERTAMA, Merujuk kepada setiap ayat, perkataan dan keseluruhan perenggan-perenggan dalam Piagam Muafakat Nasional, tidak ada satu pun yang merujuk kepada kesetiaan atau sokongan kepada Perdana Menteri, lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri tersebut adalah dari parti PPBM (Bersatu) yang bukanlah pihak yang termaktub dalam piagam Muafakat Nasional tersebut.

KEDUA, Piagam Muafakat Nasional telah ditandatangani pada 14 September 2019.

Pada ketika itu PPBM (Bersatu) masih lagi berada dalam Pakatan Harapan (PH).
Dan Perdana Menteri yang menerajui PH pada ketika itu adalah dari parti PPBM (Bersatu).

Oleh itu hakikatnya, mengikut persefahaman piagam yang dipersetujui dan ditandatangani dahulu, pihak yang ingin dikalahkan adalah bukan sahaja PKR, Amanah dan DAP seperti yang disebut, tetapi juga termasuk PPBM (Bersatu) dan juga Perdana Menterinya.

Oleh yang demikian, adalah satu kesalahan fakta jika ada pendapat yang mengatakan bahawa peralihan sokongan daripada Perdana Menteri (PPBM) oleh UMNO (jika ada) adalah tidak mematuhi persefahaman dan persefujuan yang termaktub dalam piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019.

Saya harap semua pihak terus istiqamah dan kembali ke landasan asal semasa awal-awal pembentukan Muafakat Nasional pada 14 September 2019 dahulu.

Ini untuk mengelak dari kita dibuai dan terumbang ambing dengan permainan politik pihak-pihak yang berkepentingan dan berkesempatan.

Saya yakin jika kita teguh dengan prinsip dan pendirian serta kembali ke landasan asal, kita akan berjaya mencapai matlamat yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang telah ditandatangani dahulu.

Salam,

ISHAM JALIL
25 September 2020

MR :  UMNO dah rasa mereka kuat dan nak jadi tuan   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Ini bukan isu nak sokong parti, tapi isu nak mempertahankan kerajaan skrg. itu pun tak faham ke? Dah perasan bagus dan kuat ke? Aku yakin pengundi Melayu tak akan undi parti yg bersekutu dgn parti DAP. PAS mesti yakin dengan pengundi Melayu dan Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru je 7 bulan.. dah bergaduh bagai.. padahal melayu sama melayu.. Islam sama Islam.. lepas tu sibuk nak salahkan DAP bagai.. atas alasan kononnya nak mempertahankan Islam.. padahal dalam hati sebenarnya nak mempertahankan bangsa melayu je.. gunakan Islam.. dgn harapan Allah tak perasan niat dihati.. pengundi melayu pun dah mula menyampah dgn PN ni.. sama je perangai dgn PH.. teruk lagi kot pasal sama bangsa pun nak bergaduh.. nak rebut kuasa.. bubar je kerajaan PN sekarang sbb terbina dgn cara yg salah dari segi tatacara Islam.. lepas tu bina balik perjuangan melayu tu ikut landasan Islam.. bukan ikut cara PAS.. insya Allah akan beroleh kemenangan yg dijanjikan.. kene ingat.. berjuang utk Islam.. bukan utk Melayu...

      Padam
    2. Setiap kali musang roket berbulu ayam menulis komen, umat Islam dan kaum Melayu akan menjadi mangsa cercaan, fitnah dan penghinaan dan puak roket dipuja tahap dewa menjadi kaum 'suci' seolah-olah kononnya mereka baru dilahirkan tanpa dosa walaupun mereka telah menghina Islam dan umat Islam berulang kali.

      Padam
  2. Apabila ular lidi biru merasakan dirinya menjadi ular sawa, ia akan berlagak bodoh sombong seperti ular sawa kerana ia lupa sekecil-kecil ular tedung hijau, racunnya tetap berbisa dan boleh membunuh ular lidi dan ular sawa.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.