Header Ads

ads header

Flash News

Jalur lebar perlahan, ‘memalukan’ sukarkan pertumbuhan

PETALING JAYA: Keupayaan internet yang ketinggalan di Malaysia, yang disifatkan sebagai “memalukan”, akan membantutkan perniagaan kerana operasi perniagaan mula beralih ke dalam talian lalu mengekang daya saing negara di rantau ini, menurut sebuah kumpulan perniagaan.

Walaupun Malaysia melaporkan KDNK ke-3 terbesar di Asia Tenggara, baik secara jumlah mahupun per kapita, Indeks Speedtest Global melaporkan kelajuan data mudah alihnya di peringkat serantau ke-6 terlaju dan ke-83 di dunia.

Walaupun kelajuan jalur lebar Malaysia di Asia Tenggara berada di kedudukan yang lebik baik, iaitu ke-3 terlaju, ia sedikit mengelirukan kerana kelajuan WiFi kediaman di Thailand dan Singapura seganda kelajuan purata di Malaysia dan antara yang terpantas di dunia.

Shaun Edward Cheah, pengarah eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICC), berkata ketaksamaan ini “memalukan”, mengatakan ia kerana syarikat telekomunikasi kurang melabur.

Beliau berkata isunya kerana tidak “port” tidak mencukupi, menyebabkan kelewatan maklumat, kerana terlalu banyak orang menggunakan sistem pada satu-satu masa.

“Bayangkan plaza tol yang sesak. Sebuah plaza tol yang ada 5 pondok boleh tangani lalu lintas di luar waktu puncak, tetapi akan berlaku kekesakan di waktu puncak.

“Jawapannya ialah kena pasang lebih banyak pondol tol.”

Sementara itu, Richard Record, ketua ahli ekonomi di World Bank Group, berkata kekurangan akses kepada internet berkualiti tinggi di Malaysia membazirkan potensi “kerana bukan senang untuk menulis ‘resume’ di telefon dan tidak mudah untuk bergantung pada sambungan mudah alih untuk berniaga.”

Kelajuan mudah alih yang perlahan memburukkan masalah itu, katanya, dan menamabh ini merupakan trend yang membimbangkan kerana negara mempunyai aspirasi masa depan digital berdasarkan e-dagang, automasi, dan kecerdasan buatan (AI).

Jelasnya, ketersambungan yang boleh diharapkan menjadi semakin penting untuk perniagaan kerana koordinasi, pengurusan manusia, transaksi, dan analisis semakin automatik.

“Ketika internet mendorong kesejagatan dan pendigital, kekangan seperti itu boleh memberi kesan pada daya saing sesebuah syarikat dan negara.”

Serorang felo dari Persatuan Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan dan Keselamatan Profesional (IACSP), SL Rajesh, berkata bergantung harap pada ketersambungan yang lemah menyebabkan prasarana sesebuah syarikat tidak kukuh.

“Dalam proses automasi perisian, anda perlukan perkhidmatan internet yang kuat untuk membolehkan AI berfungsi,” katanya. “Sekiranya internet lambat, semua proses syarikat itu juga akan lambat.”

Mereka bersetuju prasarana fiber sedia ada perlu diperbaiki dengan mengoptimumkan sistem semasa bagi meningkatkan kelajuan dan konsistensi di kawasan bandar, dan memperluas jangkauan kabel di kawasan luar bandar.

Cheah berkata teknologi 5G mungkin akan menyebabkan WiFi kediaman kurang menarik kerana kelajuannya yang lebih cepat berbanding jalur lebar, serta menjadi alternatif yang menarik sekiranya kabel tidak dapat dikembangkan atau “port” tidak dapat dipasang.

Katanya, membina menara selular berkemampuan 5G juga kurang menjejaskan alam berbanding memasang kabel dan lebih mudah dari segi mendapatkan kelulusan kawal selia kerana ia projek yang agak kecil.

#Sumber :  FMT  

MR :   Unifi sewa 100MB dapat 80MB. Macam beli telur RM2, 5 biji tapi tokey bagi 4 biji aje. Kita ambil dengan senyum dan ucap terima kasih... kan bodoh namanya 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Sekian lama kita masih ditipu fakta kelajuan Jalur Lebar sebenar yang mampu syarikat monopoli TELEKOMUNIKASI tawarkan 😏 bisnes tetap bisnes mana boleh rugi untung mesti berlipat ganda. Teori 'YAHUDI' juga yg dipilih mereka...tipu itu HALAL 🤭
    Semakin byk TELCO 'pelsu' ujud 😁 sbb faktor persaingan (kononnya) padahal itulah TAKTIK SEBENAR SYARIKAT MONOPOLY TELEKOMUNIKASI main WAYANG...All About Good Business nothing else.
    Andaikata kerajaan boleh bagi perkhidmatan JALUR LEBAR percuma dgn kelajuan maksima kpd rakyat Malaysia 🤭 TAK ADA SYARIKAT TELEKOMUNIKASI MAKA TAK ADALAH PEKERJA TAK ADA INCOME NAK KAYA CEPAT. Tokey2 yg nak kaut untung jual DATA INTERNET terpaksa kaih pagi makan malam 😆😆😆
    Jadi my big point of issue is...no money no talk, no company no job...good business still good business 😉
    Dulu2 sblm era handphone analog , talipon atur/ satellite jadi pilihan org hidup bergaya 😄
    Masuk era digital hingga wujud pelbagai gadgets canggih...org yg cipta INTERNET bagi FREE jer tapi mereka peroleh keuntungan dgn JUAL BELI TEKNOLOGI termasuk GADGETS IT sekarang Internet dah lepasi TERABYTES maaf terlupa fakta kelajuan Internet dan beban data yg boleh support 😅 hangpa bleh rujuk sendiri dgn Pak Gugel

    BalasPadam
  2. Kerajaan dulu sampai sekarang tk buat ketetapan harga buat satu harga perkhidmatan jalur lebar kan senang

    BalasPadam
  3. ni cuma nak iklankan 5G ja...

    bila dh pasang 5G esok ni... masalah lain pula timbul.

    makin lama manusia makin tededah dgn radiasi... tapi disebalik masalah kesihatan dan keselamatan, disajikan cerita-cerita betapa bagusnya internet yg semakin melaju.

    disebelah kanan, disuruh kekang teknologi dari kanak-kanak.
    disebelah kiri, disuruh naik taraf teknologi ke maksimum.

    akhirnya cuma untuk bermain game dan layan video gak... hahahaha

    ada darkside... bermula 5G... maka hilanglah kebebasan manusia... semuanya akan dikawal dan diselia.

    BalasPadam