Header Ads

Header ADS

Jangan Gelak, Pejuang sasar menang 35 kerusi Parlimen dalam PRU15, kata Dr M


PUTRAJAYA:
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyasarkan memenangi 36 kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata pengasasnya Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, walaupun jumlah itu tidak cukup untuk parti itu membentuk kerajaan, ia akan membolehkan Pejuang menjadi penentu kepada pihak mana yang patut menjadi kerajaan.

“Saya fikir kami boleh berada dalam kedudukan untuk menyertai mana-mana gabungan (Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan). Jika mereka menerima syarat kami, dengan itu kami akan menyertai mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mahathir juga mendakwa sudah mempunyai senarai 18 ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang menyokong Pejuang.

“Mereka bukan daripada parti kami (Pejuang), tetapi mereka mesra parti kami dan percayakan prinsip yang sama,” katanya.

Mahathir berkata, Pejuang akan bekerjasama dengan mereka dan pada masa yang sama berharap akan mendapat cukup sokongan di Semenanjung.

#Sumber :  FMT  

MR :  Cita-cita tinggi suatu yang baik  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. dulu jadi diktator...
    sekarang rasa tak cukup.

    nak jadi king maker pulak...hahahahaha

    BalasPadam
  2. Suatu keistimewaan Atuk Kerala ialah pandai membuat lawak bodoh berlapis-lapis untuk menghina otak Atuk Kerala sendiri.

    Rakyat terutamanya kaum Melayu sudah cerdik sekarang selepas mereka dikencing oleh Pee H pimpinan Atuk Kerala sendiri.

    Kaum Melayu telah dihina sebagai kaum pemalas dll oleh Atuk Kerala sendiri. Maka orang bodoh berlapis-lapis sahaja yang menyokong pemimpin peju-wang.

    BalasPadam
  3. Insyallah mandat dan hak rakyat

    BalasPadam
  4. Tak mau komen apa apa.Nak memerhati saja.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.