Header Ads

Header ADS

Kecuaian Exco Alam Sekitar punca Selangor tiada air?


APA erti Hari Kebangsaan sekiranya negara yang bebas ini masih dibelenggu dengan masalah-masalah remeh akibat daripada pentadbir yang dungu, yang diberi amanah namun tidak mengambil peduli, alpa dan cuai.

Sikap-sikap ini menyebabkan hampir seluruh negeri Selangor sekali lagi berdepan dengan masalah terjejas bekalan air, yang berpunca daripada pencemaran Sungai Selangor oleh sebuah kilang.

Sebelum ini, kilang terbabit pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan sama, tetapi masih mengulangi perkara tersebut.


2. Hari ini, 4 September 2020, hampir seluruh negeri Selangor terpaksa menanggung kerugian berlipat kali ganda berbanding bayaran kompaun yang tidak seberapa, yang dikenakan ke atas kilang degil tersebut.

Kes ini menyebabkan ratusan kilang dan kedai di negeri Selangor terjejas atas keangkuhan bodoh pengusaha kilang, yang tidak mengambil peduli langsung soal kebersihan alam sekitar dan orang ramai.

Tindakan itu juga mengakibatkan tumpahan sisa minyak dan telah menjejaskan bekalan air kepada 1.2 juta penduduk Selangor sehingga tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

3. Exco Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata, siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati, kilang itu gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, selain menemui bau seakan-akan pelarut mengalir ke dalam sungai.

Meskipun kilang ini telah pun diarah ditutup sementara menunggu keputusan siasatan, perkara yang menjadi masalah sekarang ialah siapakah yang akan menanggung kos kerugian kilang dan premis yang terjejas pengeluaran dan perniagaan mereka, yang juga menjejaskan kehidupan orang ramai?

4. Kegagalan pihak kerajaan negeri memantau secara rapi dari semasa ke semasa sepatutnya dilakukan oleh LUAS bersama agensi berkaitan.

Ianya bagi memastikan pencemaran bau dapat dikawal dari awal lagi dan perkara ini sangat mendukacitakan.

Exco Alam Sekitar patut dipecat dan diminta membayar segala ganti rugi yang ditanggung oleh orang ramai yang terjejas.

Ini gara-gara sikap malas Exco terbabit dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.

5. Alasan Loy Sian sekadar membuat kenyataan kononnya beliau kesal dengan sikap pengusaha kilang, dengan mengatakan tahap kesedaran serta rasa tanggungjawab pengusaha kilang masih rendah, apabila ada sesetengah pihak mengambil jalan mudah membuang sisa di dalam sungai.

Ini adalah alasan retorik bagi menuding jari kepada pihak lain, padahal beliau yang berperanan sebagai Exco Alam Sekitar perlu bertanggungjawab atas perkara ini.

6. Sikap malas beliau itu telah pun menyebabkan tujuh wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) negeri ini terpaksa dihenti tugas pagi ini.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian ini dan siapa pula yang patut membayar ganti rugi yang membabitkan jutaan ringgit berikutan urus niaga harian para peniaga terjejas?

7. MUAFAKAT memandang serius hal yang membabitkan ekosistem alam sekitar dan kesihatan rakyat umumnya.

Kami tidak mahu memutar belit isu politik yang sama seperti yang berlaku di Johor pada Mac tahun lalu.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang menyebabkan lebih 4,000 orang jatuh sakit serta penutupan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang, kini dimainkan di negeri Selangor pula.

8. Rakyat hari ini perlu peka dan bijak dalam memilih kerajaan, jangan lagi memilih kerajaan yang hanya pandai bercakap tetapi apabila memegang kuasa, mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Kerajaan seperti ini hanya pandai melalak mencari kesalahan orang lain, padahal diri sendiri jauh lebih teruk apabila diberi amanah.

9. Justeru, adalah bijak jika Menteri Besar memecat mereka yang gagal ini daripada berterusan menjadi beban kegagalan menerajui negeri yang dimenangi.

Undang-undang untuk tidak mendirikan kilang di sepanjang pinggiran sungai di seluruh negeri Selangor perlu digubal

Apa yang menghairankan, negara Singapura yang bergantung air dari negara kita tidak pernah sekalipun mengalami pencemaran air sejak ia keluar dari Malaysia, mengapa?

Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

#Sumber :  IsmaWeb  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.