Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa Warisan Plus menggunakan slogan "Unity" (perpaduan) untuk kempen PRN mereka?


Sebelum PRU14, Sabah sudahpun terkenal dengan keharmonian kaum dan semangat muhibah yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

Adakah keharmonian dan perpaduan di Sabah bertambah baik semasa Warisan/PH memerintah Sabah dan Putrajaya selepas PRU14?

Dan jika Warisan menang PRN Sabah bulan ini, adakah harmoni dan perpaduan Sabah akan bertambah baik?
Jadi, kenapa Warisan Plus menggunakan slogan "Unity" atau perpaduan untuk kempen PRN mereka?

Kenapa nak janji memberi sesuatu yang sudahpun lama wujud di Sabah?

Sebab Warisan mahu alihkan perhatian daripada kegagalan mereka tepati janji, penyelewengan, kegagalan mereka membantu warga Sabah dalam krisis Covid dan kegagalan mereka menjaga ekonomi Sabah sehingga Sabah terjatuh dari negeri yang paling laju membangun sebelum PRU14 ke negeri dengan pertumbuhan ekonomi paling corot antara semua negeri-negeri Malaysia untuk dua tahun berturut-turut.

Jika kita perhatikan betul-betul, puak Warisan Plus jarang sebut tentang track-rekod pertumbuhan ekonomi dan rancangan serta hala-tuju mereka untuk membangunkan Sabah dalam ceramah-ceramah PRN mereka.
Sebaliknya, mereka cuma mainkan sentimen "Unity" dan maruah Sabah.

Jadi, warga Sabah perlu tanya di mana letaknya maruah Sabah apabila rata-rata janji manifesto Sabah mereka dicapatikan oleh Warisan?

Warisan janji Ketua Menteri Sabah tak boleh pegang Menteri Kewangan tapi terus melantik sendiri sebagai menteri Kewangan Sabah sebulan selepas jadi Ketua Menteri

Warisan janji akan hadkan jawatan ketua menteri untuk dua penggal. Janji ini langsung tak ditunaikan malah had tempoh dua penggal TYT sedia ada pula dimansuhkan Warisan.

Warisan janji akan kembalikan royalti minyak 20% dan 50% cukai. Di mananya?

Warisan janji 33% peruntukkan pembangunan bajet tahunan kerajaan PH akan diberi kepada Sabah dan Sarawak tapi yang dapat cuma 17.1% sahaja.

Warisan janji akan naikkan pembangunan ekonomi Sabah dan menjana banyak peluang pekerjaan tapi yang warga Sabah dapat pula ialah pertumbuhan ekonomi Sabah tukar dari paling tinggi bawah BN ke paling corot antara semua negari untuk dua tahun berturut-turut. Lebih ramai warga Sabah yang hilang kerja.

Warisan janji akan batalkan projek empangan Kaiduan jika menang tapi projek diteruskan selepas dijenamakan semula menjadi empangan Papar.

Warisan janji "Sabah untuk Sabahan" dan kerajaan bersih tanpa rausah tapi projek terbesar Sabah bernilai RM3 bilion diberi secara rundingan terus kepada syarikat semenanjung Malaysia berkait terowong Pulau Pinang bersama syarikat tanpa satu sen pendapatan yang dimiliki anaka muda berumur 26 tahun sahaja.

Ke mana letaknya maruah warga Sabah apabila kerajaan Warisan Sabah memberi projek penyelenggaraan jalan bernilai RM1.45 bilion secara rundingan terus oleh kerajaan Warisan Sabah kepada 4 buah syarikat dengan pendapatan sifar - termasuk sebuah syarikat yang baru ditubuh 10 bulan dan sebuah lagi syarikat yang berkait dengan kes rasuah RISDA menteri infrastruktur Warisan.

Bila ditanya, Warisan terus diam. Buat tak nampak bukti surat-surat kerajaan Sabah sendiri.

Warisan janji akan hormatkan Rule of Law dan berintegriti tapi Menteri Infrastruktur Warisan Sabah yang banyak memberi projek secara rundingan terus didakwa dalam mahkamah untuk rasuah berkali-kali tapi tidak disuruh letak jawatan pula.

Lalu langgar perlembagaan dan undang-undang untuk melantik pemimpin Warisan sendiri yang pernah direman kes songlap Air Sabah menjadi ketua Air Sabah.

Undi Warisan, dapat "Unity" tapi hakikatnya ialah Unity dan keharmonian dah lama wujud dan dah lama menjadi kebanggaan rakyat Sabah.

Maksudnya, undi Warisan kita tak dapat apa-apa.

Cuma dapat balik sebuah kerajaan yang terbukti mengencing warga Sabah dengan janji-janji manifesto yang dicapatikan.

Dapat balik sebuah kerajaan yang terbukti gagal menjaga ekonomi Sabah dan gagal merancang hala tuju pembangunan Sabah.

Dapat balik sebuah kerajaan yang terbukti gagal menjaga dan membantu warga Sabah yang susah semasa krisis Covid.

Di sebalik permainan sentimen dan slogan "Unity" serta "maruah" Sabah dari puak Warisan, tiada apa-apa yang boleh diharapkan warga Sabah jika Warisan menang.

Kerana Sabah dah lama United. Perpaduan dan harmoni Sabah sudah lama wujud.

Sebab itu, Rakyat Sabah tak perlu permainan slogan dan sentimen untuk alihkan perhatian dari kegagalan-kegagalan mereka.

Yang Sabah perlu ialah sebuah kerajaan yang mampu membina hala tuju jelas bagi ekonomi dan Sabah dan mampu menyelamatkan Sabah dari status ekonomi negeri paling corot di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut.
Rakyat Sabah perlu sebuah kerajaan yang mampu bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi membantu mereka menghadapi krisis Covid yang paling mengancam ketika ini.

NAJIB RAZAK

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. lantaklah apa2 slogan nak guna, unity ke, empty ke, uncertainty ke, peti undi ke, asalkan jangan jadikan negeri sabah mirib trinity sudah

    BalasPadam