Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan setuju lantikan KP SPRM dibuat melalui undian Ahli Parlimen kata Azam


KUALA LUMPUR –
Kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini di buat melalui undian Ahli Parlimen, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata, ia telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai rasuah baru-baru ini.

Katanya, pelantikan jawatan nombor satu dalam SPRM itu memerlukan dua pertiga undian daripada Ahli Parlimen.

“Sekiranya (untuk) ditamatkan perkhidmatan (Ketua Pesuruhjaya SPRM), ia juga  perlu melalui tribunal khas dan tidak boleh ditamatkan begitu sahaja oleh Yang di-Pertuan Agong atau atas nasihat Perdana Menteri.

“Mesyuarat yang dipengerusi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Perkhidmatan di bawah SPRM sendiri,” katanya dalam temu bual bersama radio Melakafm, hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Azam berkata, pengambilan atau penamatan pegawai atau kakitangan bukan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebaliknya ia akan dilakukan oleh pihak SPRM sendiri.

Beliau berkata, kebebasan yang diberikan kepada SPRM untuk melantik dan juga menamatkan pegawai atau kakitangannya itu menunjukkan ketelusan kerajaan.

#Sumber :  . – Bernama  

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan