Header Ads

ads header

Flash News

Kes Covid-19 melonjak 182 kes, 181 penularan tempatan


KUALA LUMPUR, 11 Sept —
Kes baharu Covid-19 kembali melonjak ke tiga angka apabila mencatat 182 kes melibatkan 181 penularan tempatan serta satu kes import, iaitu tertinggi dalam beberapa bulan selepas mencatat 100 kes, Selasa lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah penularan tempatan, 90 adalah warganegara manakala 91 bukan warganegara.

“Satu kes import dilaporkan di negeri Selangor, melibatkan seorang warganegara Filipina,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 9,810 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan adalah 501 kes.

Sementara itu, katanya terdapat 14 kes yang telah pulih serta tiada pertambahan kematian menjadikannya jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kekal 128.

#Sumber :  — Bernama  

MR :  Makin meningkat..   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan