Header Ads

ads header

Flash News

Laman DetikDaily kembali beroperasi


Laman http://www.detikdaily.net antara laman reformasi yang mula beroperasi setelah Anwar Ibrahim dipecat. Memampar pemberitaan secara terbuka dan tidak terikat dengan kepartian membuat laman ini mempunyai pengikut tersendiri.

Detikdaily juga menyediakan forum melalui PHBB dan forum ini antara forum yang disukai kerana bebas dan terbuka.

Setelah beroperasi hampir 18 tahun, laman ini ditutup secara rasmi pada 10 Mei 2018 atas sebab tertertentu yang tak pernah dinyatakan secara jelas kepada umum.

Hari ini, laman ini kembali semula dengan konsep Bebas, Telus dan Terbuka menukar sedikit konsep lamanya Suara Reformasi Rakyat.

Ketika dihubungi admin laman, Nordin Ali berkata DetikDaily kembali lebih kepada laman "santai politik" yang memapar isu-isu terpilih terbuka, telus dan bebas.

Santai itu maknanya DetikDaily tak perlu macam laman MalaysiaGazette, Harakah atau portal lain yang ada staff dan wartawan khusus. Just sekadar menyampai berita yang dah terberita di internet, gossip politik di facebook, whatsapp dll.

Beliau juga berkata, "Insya-Allah artikel dalam DetikDaily tak akan ada yang sama dengan MindaRakyat.. ( sambil gelak)"

Kalau ada pun itu mesti isu terlalu hangat.

Tak pasti adakah Detikdaily akan diterima oleh pembaca. Lihat macam mana nanti? Ini disebabkan Detikdaily disasarkan kepada pembacaan ilmiah dengan konsep pemikiran terbuka, tanpa kepartian dan sudah tentu artikel ini tidak disenangi ramai orang kerana artikel mungkin bersifat teguran dan kritikan tajam.

Kita lihat sejauh mana dalam sebulan dua ini, mungkin kita akan buat sedikit perubahan mengikut rentak pembaca mengakhari temubual dengan kami.

Detikdaily boleh dilayari melalui link http://www.detikdaily.net

MR :  Semoga berjaya..   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan