Header Ads

Header ADS

MB Selangor PH menipu kata AGC pasal kertas siasatan pencemaran air di Selangor


Peguam Negara Idrus Harun menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bahawa pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung pencemaran air di Selangor.

Dalam kenyataan media hari ini, Idurs menyifatkan tuduhan Amirudin itu sebagai "tidak benar dan tidak berasas".

"Selain daripada tawaran kompaun yang dikeluarkan pada bulan Mac 2020 yang dibuat tanpa rujukan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), sehingga kini AGC tidak pernah dirujuk dengan apa-apa kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran air mentah di Selangor," kata Idrus dalam kenyataan media hari ini.

Idrus merujuk kepada 30 kompaun dengan nilai RM60,000 terhadap pemilik premis Yip Chee Seng & Sons Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan pencemaran air di Selangor.

Idrus berkata demikian selepas Amirudin sebelum ini dilapor media mendakwa peguam negara tidak mengambil tindakan meskipun siasatan berhubung isu itu selesai pada April.

“Akta Alam Sekitar mempunyai bidang kuasa lebih luas.

“Contohnya, kita sudah habis lakukan siasatan ketika pencemaran pada April tetapi tindakan tidak diambil peguam negara. Kuasa pendakwaan juga bukan bawah kita,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today.

Pada 16 April lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3, dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada 16 April akibat pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Selangor.

Dalam kejadian itu, gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Kuala Langat berikutan penurunan paras kolam utama. Semua loji terbabit kembali beroperasi semula keesokan hari.

Kejadian hampir serupa berulang Jumaat lepas, apabila empat loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa ditutup susulan pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang.

Ia menyebabkan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual.

Mengulas lanjut, AGC juga berkata pihaknya hanya dimaklumkan dan tanpa dirujuk berhubung kertas siasatan yang dibuka pada 4 September lalu selepas penutupan loji rawatan air.

“Siasatan bersepadu berhubung kejadian itu sedang dijalankan oleh pelbagai agensi yang berkaitan.

“AGC hanya dimaklumkan bahawa terdapat kertas siasatan yang dibuka oleh agensi-agensi yang berkaitan dan kertas siasatan itu sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke AGC untuk arahan selanjutnya,” katanya lagi.


MR :    Kalau PH menipu, kencil itu normal.. Rakyat diperbodohkan oleh mereka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Melayu malaysia pun sama.. bukan bawa tapi mintak kat cina malaysia setan tu.. sudahnya dia pun setan sekali..

      Padam
  2. heran juga kawasan itu dalam kawasan selangor dan bawah pentadbiran kerajaan selangor dan dibawah bidang kuasa kerajaan selangor pula, saman saja juta2 sehingga terpaksa tutup kilang bayar saman, kalu tiada masa nak jumpa peguam negara hantar saja satu salinan for your attention. kilang tu pasti akan mengadu kat dap

    BalasPadam
  3. heran juga kawasan itu dalam kawasan selangor dan bawah pentadbiran kerajaan selangor dan dibawah bidang kuasa kerajaan selangor pula, saman saja juta2 sehingga terpaksa tutup kilang bayar saman, kalu tiada masa nak jumpa peguam negara hantar saja satu salinan for your attention. kilang tu pasti akan mengadu kat dap

    BalasPadam
  4. si mata sepet bermuka perisai...
    pembawa kehancuran dan petaka.

    yg paham tu paham la

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.