Header Ads

ads header

Flash News

Menteri Agama Indonesia positif Covid-19


Jakarta:
Seorang lagi menteri Indonesia disahkan positif Covid-19 ketika republik itu mencatatkan 4,176 kes positif baharu jangkitan virus berkenaan hari ini, jumlah tertinggi sejak kes pertama disahkan pada 2 Mac lalu.

Menteri Agama Fachrul Razi, menjadi menteri ketiga Indonesia yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab pada 17 September lalu.]

"Alhamdulillah keadaan fizikal beliau baik pada masa ini, tidak ada gejala-gejala mengkhuatirkan dan sedang menjalani kuarantin," kata pegawai khas kepada menteri berkenaan, Kevin Haikal dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 14 Mac lalu, Menteri Perhubungan Indonesia Budi Karya Sumadi disahkan positif Covid-19, namun sembuh selepas menerima rawatan intensif di Rumah Sakit Pusat Angkatan Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto di Jakarta.

Pada 8 September, Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo turut disahkan positif virus itu dan kini dilaporkan semakin sembuh selepas dirawat di RSPAD.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif di republik itu kini meningkat kepada 248,852 dengan 108,880 pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 124 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,677 orang.

Sementara itu, syarikat pengendali kereta api Indonesia, PT Kereta Commuter Indonesia (KCI) dalam ciapan di akaun twitter rasminya hari ini memaklumkan mereka yang memakai pelitup muka jenis 'scuba' dan 'buff' dilarang menggunakan perkhidmatan itu.

Pengguna perkhidmatan komuter dan kereta api diminta menggunakan pelitup muka jenis N95 atau pelitup muka perubatan bagi membendung penularan jangkitan virus berkenaan.

Provinsi Jakarta, yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula 14 September lalu, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 63,318 kes setelah 1,352 kes baharu dilaporkan, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan kes kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,990 orang.

#Sumber :     HMetro

MR : Indonasia tak tegas dalam pengawasan covid-19   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan