Header Ads

ads header

Flash News

MPOB yakin harga MSM terus meningkat daripada RM2,800 satu tan, Ini sebab PH tekan sangat nak lucut jawatan Dr Khairuddin


BANGI, 1 Sept  
— Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yakin harga minyak sawit mentah (MSM) akan terus meningkat daripada RM2,800 satu tan pada masa ini walaupun dalam persekitaran menghadapi pandemik COVID-19.

Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata ini berikutan permintaan berterusan yang diterima daripada negara-negara pengimport termasuk India.

“Kerajaan berperanan penting untuk memastikan hubungan diplomatik yang baik serta kelangsungan eksport negara. Oleh itu berikutan India kembali mengimport semula MSM dari negara kita, kita yakin produk minyak sawit tempatan akan terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penggalakkan Penggunaan Vitamin R Tokotrienol bersama warga kerja MPOB di sini, hari ini.

Laporan berita menunjukkan India mengimport kira-kira 4.4 juta tan minyak sawit Malaysia daripada lebih sembilan juta tan jumlah keseluruhan import komoditi itu pada 2019.

Selain itu, pada majlis sama itu turut menyaksikan penyerahan produk vitamin E Tokotrienol sebagai makanan tambahan untuk kalangan kakitangan dan warga pesara MPOB dengan harga diskaun bagi manfaat khasiat pemakanan sert kesihatan.

Terdahulu, ketika berucap, Ahmad Jazlan berkata vitamin E dalam minyak sawit mengandungi hampir 70 tokotrienol dan 30 peratus tokoferol yang ideal dari segi struktur kimia untuk kesihatan manusia.

Produk vitamin E yang dibangunkan hasil teknologi MPOB telah dikeluarkan secara komersial oleh Sime Darby Plantation Sdn Bhd menerusi jenama Natrio TRI.E Tocotrienols manakala Sarawak Oil Plan Bhd menggunakan jenama T3 Super Vitamin Concentrates.

Ia juga boleh didapati menerusi produk Davos Life E3 Complete keluaran KLK Oleo dan Tocovid SupraBio keluaran oleh Hovid.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha untuk meluaskan pasaran mengenai produk tokotrienol terpaksa diperlahankan berikutan penularan pandemik COVID-19.

“Kita telah pun menyusun aktiviti-aktiviti promosi ke luar negara, namun terpaksa dihentikan. Kita berharap dapat meneruskan kembali usaha jelajah promosi terutamanya ke Eropah, China dan Amerika Syarikat apabila sempadan dibuka semula," katanya.

#Sumber :-- BERNAMA    

MR :  PH tak nak orang cerdik, PH tak nak PN bantu rakyat... Biar rakyat miskin tak ada pendapatan asal PH boleh berkuasa  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan