Header Ads

Header ADS

Mufti Perlis hentam penipuan sijil, seru penipu ‘diturunkan’


PETALING JAYA:
Mufti Perlis hari ini menghentam penipuan sijil sebagai jenayah “yang membawa kepada penipuan demi penipuan yang lain”, menyeru pelakunya “turun atau diturunkan”.

Asri Zainul Abidin berkata penipuan sijil atau kelulusan tidak boleh dilakukan oleh orang bawahan.

“Apatah lagi yang berada di peringkat atasan,” katanya di Facebook.

“Sesiapa yang mencapai kedudukan kerana penipuan sijil atau kelayakan, dia hendaklah turun atau diturunkan.”

Kenyataan Asri mengundang pelbagai komen daripada pembacanya.

“Kalau orang bawah memang hilang kerja,” kata seorang pembaca, John Marshall.

Kayrollz Nasri pula tidak kisah jika seseorang itu bersijil atau tidak, kerana “yang penting tak menipu”, manakala Yan Rehan Razali tertanya apakah tidak ada undang-undang untuk hal itu.

#Sumber :  FMT  
   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. kesian, attention seeker ni.... Mindarakyat, tolongla jgn masukkan apa-apa kisah pasal dia ni. kami tak berminat dan tak membawa apa-apa paedah pun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. AWANAMA segala berita adalah hak penerbit hak anda adalah memilih jika anda tidak berminat anda boleh masuk ke media kesukaan sendiri dgn Bahasa Mudah POH... CHOW...

      Padam
  2. Para wahabi berfatwa sakan mengelirukan umat, pun dengan menipu kelulusan. Sekadar kelulusan tesis anda berani mencabar ijtihad mujtahid silam yang jauh lebih berilmu dan berakhlak.

    Umat tertipu dengan sijil anda, apa bezanya. Bahkan kesan pada umat lebih ketara berbanding tipu sijil pada jalan dunia.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.