Header Ads

Header ADS

PAS berdepan nasib sama pada PRU15 jika tak bertegas soal pengaihan kerusi


Menyuarakan hasrat untuk bertanding di sepuluh kerusi DUN, ketiadaan calon PAS dalam PRN Sabah kali ini mengundang perhatian.

Lebih mengundang cakap-cakap apabila parti itu tidak diundang dalam majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN pada 10 September lalu.

Ketua penyelidik badan pemikir Ilham Centre, Mohd Yusri Ibrahim mengingatkan PAS sekali lagi boleh menjadi "mangsa" pada PRU15 jika parti itu tidak bertegas dalam soal agihan kerusi.

Apatah lagi mengambil kira PAS dan sekutunya Umno dan Bersatu memiliki tapak sokongan yang sama iaitu pengundi Melayu-Islam, dan justeru akan bersaing di kawasan yang sama.

“Setiap parti akan jadi lebih licik dan berstrategi untuk memastikan memperolehi kerusi maksimum untuk ditandingi.

“Jika pasukan perunding agihan kerusi daripada PAS tidak kompeten seperti ditunjukkan dalam PRN Sabah ini, sekali lagi mereka akan jadi mangsa dalam agihan kerusi PRU15 nanti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kelmarin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata pihaknya mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam PRN yang bakal berlangsung 26 September ini.



Katanya, parti itu kekal fokus terhadap persiapan untuk menghadapi PRU15 yang dijangka dalam masa terdekat.

Semalam, timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata memang ada desakan agar PAS diberi laluan tetapi keputusan untuk tidak bertanding adalah bagi "mengelak perangkap musuh".

Dalam pada itu Muktamar Pemuda PAS yang berlangsung di Kota Bharu semalam turut meluluskan usul supaya parti itu bertanding minima 50 kerusi parlimen pada PRU akan datang.

'Perdebatan hangat di muktamar'

Menyifatkan nasib yang dihadapi PAS dalam agihan kerusi PRN Sabah sebagai malapetaka, Mohd Yusri menjangkakan hal tersebut akan menjadi isu perdebatan hangat di muktamar ke-66 parti itu yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

"Kegagalan bertanding walau satu kerusi menimbulkan kekecewaan ramai ahli dan pemimpin, banyak yang meluahkannya di pelbagai medium."

Maka, kata Mohd Yusri, perkara itu pastinya akan dibangkitkan para perwakilan terutama dari Sabah, dan menurutnya tidak mustahil jika ada yang menggesa agar PAS menilai semula kerjasama dengan sekutunya.

Bagaimanapun dia mengakui setakat ini belum ada tanda-tanda bahawa perkara itu menjejaskan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) mahupun Muafakat Nasional (MN).

Sementara itu, Prof Azizuddin Mohd Sani dari Universtiti Utara Malaysia berpendapat perkembangan itu akan mempengaruhi tuntutan PAS bagi peruntukan kerusi pada PRU15.


Azizuddin

“PAS mungkin menerima keputusan tersebut memandangkan pengaruhi mereka juga tidak kuat di Sabah.

“(Tetapi) PAS mungkin akan menggunakan keadaan ini untuk menuntut lebih banyak kerusi di Semenanjung pada PRU15 nanti,” katanya.

'PAS sudah kaut untung'

Beliau beranggapan PAS telah pun mencapai matlamatnya dengan menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan dan mengetuai pentadbiran di tiga negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Langkah seterusnya untuk PAS mungkin untuk meluaskan pengaruh di negeri-negeri lain," katanya.

Menyuarakan sentimen sama, Mohd Yusri berkata PAS pada satu sisi telah mengaut banyak keuntungan hasil kerjasama politik dalam PN dan MN.

Beliau merujuk kepada jawatan menteri, timbalan menteri serta lantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melibatkan pemimpin parti itu.

“PAS telah memperolehi banyak keuntungan bersifat jangka pendek melalui kerjasama dengan PN dan MN, apatah lagi PAS adalah sebuah parti yang oportunis akhir-akhir ini,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya kerugian yang ditanggung PAS daripada kerjasama itu adalah risiko terjejasnya kepercayaan awam terhadap apa yang dianggap sebagai prinsip dan perjuangan parti sebelum ini.

“Dalam kalangan golongan pertengahan dan berpendidikan, mereka melihat PAS sekarang sudah goyah dalam aspek nilai apabila bekerjasama dengan Umno dan Bersatu,” katanya.

Penamaan calon bagi PRN Sabah berlangsung semalam. SPR mengumumkan sejumlah 447 kertas pencalonan bagi 73 kerusi DUN telah diterima.

MR :  Ketegasan dan toleransi ada batas dan hak  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Itulah kebodohan PAS yg semakin menjadi2.. sentimen rakyat sekarang adalah menyokong mane2 pemimpin yg bumiputra dan Islam.. tak kisahlah dari parti mana asalkan bukan DAP dan parti2 yg bekerjasama dgn DAP.. jadi kalau PAS meminta dan mendesak utk dicalonkan pasti kebarangkalian utk menang adalah sgt tinggi kerana semua undi dari UMNO dan Bersatu akan pergi pada PAS... tapi nak buat macamane.. PAS masih lagi selesa utk bersama dgn kebodohannya.. inilah masa yg paling tepat utk PAS melebarkan pengaruh di Sabah.. tapi sayang disia2kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS kamu gelar bodoh kerana mengutamakan perpaduan Ummah.

      Kebijaksanaan PAS ialah tidak memberi ruang untuk orang kafir memerintah Malaysia.

      Orang Munafik akan terus ditipu oleh orang kafir.

      Allah bersama kami yang istiqamah dalam perjuangan.

      Padam
    2. Kene ingat matlamat tak menghalalkan cara.. menteri PAS terang2 buat salah nak dibackup nya jugak.. Nabi pernah buat macam ni ke? So kat celah mane Islamnye PAS ni? Jgn ingat dosa pahala je.. peraturan dan undang2 manusia pun kene ikut sbb undang2 tu baik utk semua.. baru nampak bijak.. yg dia tau taknak bagi kafir je memerintah.. geng munafik dan puak2 penuh skandal dia jadikan geng sekutu plak.. perjuangan adalah tentang kebenaran.. kalau istiqamah beratus tahun pun kat jalan yg tidak benar pasti Allah tak bersama.. Allah bagi akal.. bukan utk taasub.. tapi utk menilai dan memilih kebenaran.. kene ingat satu.. Allah dan Nabi akan murka kalau keadilan tidak di tegakkan walaupun kepada orang kafir.. malulah nanti kalau masuk neraka sbb berlaku tak adil pada orang kafir.. walaupun diorang kafir dan tak sembah Allah tapi Allah masih memberi rezeki pada mereka.. itulah keadilan Allah yg kita orang Islam ni susah nak paham.. so Islam perlu diterjemahkan dalam bentuk kelakuan dan tindak tanduk.. baru kita nampak Islam itu muslim dan muslim itu Islam.. ni nama je Islam tapi perangai dan putar belit mengalahkan kafir dan munafik.. semua dia betul.. yg salah pun nak dijadikan betul.. huhu.. sbb tu PAS lebih layak digelar syiah berbanding muslim.. memaki.. memfitnah.. menipu.. menyindir.. gunakan nas dan dalil tak kene tempat.. itukan cara PAS yg seakan2 sama dgn syiah.. sbb tu PAS bodoh.. perbaiki dulu sahsiah diri PAS tu.. baru kafir gerun dan respect... ni same je perangai.. mentang2lah Allah takdirkan sejak lahir dah Islam.. so bersyukurlah dan jadikan anda cermin kepada Islam...

      Padam
    3. Kita merasa sangat hairan mengapa RBA-RBA ternakan parti kafir harbi Dajjal Action Party diam membisu seperti Syaitan bisu setiap kali Pee H pimpinan to kong gonna end kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan , fitnah dan U-turn.

      Oh ya anjing kurap tidak akan menggigit tangan to kong gonna end yang menyuap dedak cap roket ke dalam mulut anjing ternakannya.

      Sesungguhnya mereka adalah pembohong yang sangat hina kerana mereka sanggup menipu rakyat dengan memberi harapan palsu kepada rakyat ( bukan raykat).

      Akhirnya rakyat hanya mampu menelan air liur sendiri sahaja.

      Padam
    4. Mengapa mu-jahil enggan tidur di atas jalan untuk protes tol setelah gonna end enggan hapuskan tol ? Cakap tak serupa bikin !

      Kita tahu itu semua wayang opera roket sahaja untuk kencing rakyat.

      Padam
  2. PAS digelar bodoh kerana tak ikut telunjuk orang Munafik macam kau.
    Dari dahulu PAS memang telah digelar macam-macam, Orang kafir DAP pun panggil PAS bodoh kerana tak ikut PAN.

    Tapi siapa yang tentukan bodoh tak bodoh ni?

    Itu sebab lah syukur kita ni orang Islam dan orang beriman kerana yang menjadi tali ukur ialah iman dan takwa.

    Dalam Quran Allah ada menjelaskan dengan terang bahawa orang kafir dan Munafik memanggil orang Islam bodoh. Mereka mentertawakan orang Islam.

    Tapi Allah jawab apa? Allah kata orang Islam tak bodoh dan di akhirat nanti orang Islam akan mentertawakan orang kafir dan Munafik.

    Maka inilah dia ujian Allah bagi mereka yang berpegang kepada Al Quran dan Al Sunnah.

    Ingatlah, keredhaan Allah adalah kemuliaan yang benar. Keredhaan manusia, orang kafir dan orang Munafik adalah dusta dan petaka.

    Semoga Allah menerima usaha kita yg istiqamah.

    BalasPadam
  3. RBA 1:48 ,

    Mengapa kamu diam membisu setiap kali puak kafir harbi Dajjal Action Parti menghina Islam dan umat Islam ?

    Kita tahu puak RBA ternakan Dajjal Action Party suka menyamar sebagai orang Melayu untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS kerana PAS berjaya menyatu-padukan kaum Melayu yang bererti PAS berjaya menggagalkan rancangan jahat Dajjal Action Party untuk berkuasa dan menindas agama Islam dan umat Islam di negara Islam sendiri.

    BalasPadam
  4. Jangan masuk perangkap batu api....

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.