Header Ads

Header ADS

PAS patut sedar bagaimana ia dilayan dalam PN

Tak betul jika ada segelintir yang menyalahkan Umno apabila PAS tidak diberikan sebarang kerusi dalam PRN Sabah.

1. Rundingan awal berlaku antara Umno yang mewakili Barisan Nasional dan PPBM yang mewakili Perikatan Nasional. Hasil rundingan itulah yang dibawa ke gabungan parti masing-masing untuk diagihkan kepada parti komponen. Disebabkan PAS sebahagian daripada PN, kedudukan parti tersebut tertakluk kepada perbincangan dalaman gabungan tersebut.

2. Kebanyakan kerusi yang diintai oleh PAS sebenarnya ditandingi oleh PPBM. Sebagai contoh kerusi DUN Merotai yang asalnya kawasan tradisi BN kini ditandingi parti tersebut. DUN ini antara kerusi berpotensi PAS kerana mereka berjaya memperoleh lebih 1,200 undi pada pilihan raya umum ke-14.

3. Alasan PAS tidak sesuai dengan sentimen tempatan sepertimana kenyataan pemimpin PN Sabah adalah sesuatu yang tak logik. PAS memperoleh lebih 13,000 undi popular pada PRU-14 di negeri tersebut berbanding SAPP yang hanya memperoleh 6,000 undi popular. Tetapi SAPP diberikan 2 kerusi oleh PN.

4. Ketamakan PPBM ini akan mengundang padah besar kepada sentimen pengundi Semenanjung. Betul, PAS kurang popular di Malaysia Timur dengan hanya memperoleh 24,000 undi di Sabah dan Sarawak pada PRU-14. Tetapi parti ini juga memperoleh 1.98 juta undi di seluruh Semenanjung – lebih daripada cukup untuk membunuh terus hayat PPBM.

5. Bayangkan sehingga ke saat akhir pun, parti tersebut sebenarnya masih mahu membolot lagi tambahan beberapa kerusi. Mujurlah Bung Moktar Radin lebih awal mengisytiharkan kedudukan kerusi yang akan ditandingi BN bagi mengelakkan pertelagahan lanjut.

6. Apa yang berlaku ini sepatutnya sudah menjadi “wake up call” kepada PAS tentang bagaimana mereka dilayan dalam gabungan baru. Sedangkan berdasarkan kekuatan semasa, PAS adalah parti yang sepatutnya mengetuai PN sepertimana Umno memandu BN.

7. Jika sekiranya PPBM pada saat akhir pun masih enggan menyantuni kehendak kecil PAS Sabah, maka PAS perlu menilai semula kedudukan dan nilai mereka dalam Perikatan Nasional. Sebuah parti berpengalaman tidak sepatutnya duduk lebih rendah daripada sebuah parti setahun jagung seperti PPBM.

8. Saya serius.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

 

     


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Saya nasihatkan penulis, sila hayati Surah Al-Imran ayat 26 - 27.

    Fikir betul-betul.
    Siapa sebenarnya yang jatuhkan Najib?
    Siapa sebenarnya yang jatuhkan Tun M?

    Baca betul-betul. Hadam betul-betul ayat tu.


    Kita PAS adalah dalam kedudukan yang amat selesa sekarang. Kita berada di dalam semua pihak dan semua pihak tidak boleh berbuat apa-apa tanpa merujuk kepada kita terlebih dahulu.

    Kita adalah King Maker dan King Breaker.
    Jentera PAS is the best in Malaysia, in fact in the whole world. We work without money and not for money. We work only for fisabilillah. This is our strength that not a single group or party can ever achieve.
    Even if we are small in numbers, we believe that Allah's help is behind us all the time : twenty four seven.

    Our system is not of this world. Numbers does not mean anything to us. If we win one seat, that seat will be the one that will spread Islam to all of Malaysia. Just one seat. Why? Because we are all committed with Islam. We have made the declaration, that our prayer, our life and our sacrifices are only for Islam and for seeking pleasure of Allah. Win or lose, it does not matter, what matter is that we are steadfast in following the command of Allah and in upholding the Syariah.

    In all our decision making, we make it with the intention to serve Islam. If we see that by contesting in Sabah will give harm to Islam and especially harming the unity of the Ummah, than we shall back down. If we see that it will benefit the Ummah by contesting the seat, then we shall contest, by all means.

    We seek guidance from Allah in every decision we make. We are sinful, but we are also hopeful for the Mercy of Allah. We know that whatever decisions that were made by the Syura, will be the wisest and most suitable decision given the current situation.

    Sabah shall be ours, but only Allah knows when. Islam shall dominate Malaysia, no doubt about it, but we must make preparation to make it so.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok komen yg naik juga. Ulasan artikel juga baik. Dua2 baik. Cuma PAS jgn sentiasa berebut & jgn sentiasa beralah.
      Jika patot makan maka makan.
      Jgn terlalu keras, jgn terlalu linient. Keras pada harbi & sekutu takpa. Linient pada true sahabat takpa.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.