Header Ads

ads header

Flash News

PAS perlu dominan agar tak nampak terpinggir kata Muslimat PAS


Penyertaan PAS membentuk kerajaan Persekutuan dan menjadi kerajaan di tiga Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah kemenangan dan perkara yang perlu dikekalkan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Senator Nuridah Mohd Salleh berkata tanggungjawab mengisi dan mengekalkan kemenangan itu bukan hanya digalas pemegang jawatan dalam kerajaan malah perlu dipikul seluruh anggota parti khususnya Dewan Muslimat.

"PAS perlu lebih dominan supaya tidak dilihat seolah-olah terpinggir dengan mengungguli (penyertaan) di peringkat eksekutif seiring legislatif.

"Keterlibatan muslimat secara langsung di peringkat urus tadbir kerajaan tempatan sangat penting dan penambahbaikan yang drastik dan tuntas perlu dirangka serta dijayakan," katanya berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS ke-60 di Kuala Lumpur malam ini.

Nuridah berkata gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) adalah platform terbaik untuk PAS membangunkan negara yang lestari dan makmur.

Katanya berkata agenda perpaduan perlu bermula dari dalam parti dan diikuti perpaduan umat dan perpaduan agenda politik melalui gabungan MN dan PN.

"Perpaduan yang benar-benar jitu tidak boleh digelincirkan dari landasan kerana kepentingan kelompok.

"Perpaduan ini perlukan pengorbanan besar daripada setiap anggota (MN dan PN) dengan semangat setia kawan yang tulen," katanya.

Menyentuh persediaan PAS dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-15, dia menyeru agar calon sayap muslimat ditempatkan di kawasan strategik yang mempunyai majoriti pengundi wanita.

Muktamar berkenaan akan bersidang esok dengan penyertaan seramai 350 perwakilan seluruh negara.

#Sumber :  - Bernama  

MR :   PAS perlu ada strategi mantap untuk kukuh kedudukan dalam masyarakat majmuk 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. KERA jaan negeri Pee H adalah kepala bapak penipu, muka puak Pee H pun muka penipu.

    Kilang haram yang memusnahkan alam sekitar diberi tempoh hingga ke hujung tahun ini untuk membuat permohonan. Maklumlah towkay kilang haram kaum kerabat Dajjal Action Party dan puak Pee H suka makan pau towkay kilang haram.

    Sebaliknya , KERA jaan Pee H bertindak rasis terhadap kaum Melayu dengan merobohkan rumah dan gerai Melayu serta merta.

    Orang bodoh berlapis-lapis sahaja yang sokong Pee H pimpinan Dajjal Action Party !

    BalasPadam