Header Ads

ads header

Flash News

Pas Sabah nasihat pemimpin parti elak buat kenyataan tidak tepat


PENGKALAN CHEPA:
Kenyataan tidak tepat yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Pas menyentuh sensitiviti masyarakat Sabah dan Sarawak boleh menyebabkan parti Islam itu sukar untuk diterima oleh masyarakat setempat di dua negeri berkenaan.

Perwakilan Pas Sabah, Dr Ali Akbar Gulasan berkata, pemimpin Pas seharusnya lebih berhati-hati membuat sebarang kenyataan memandangkan masih wujud sentimen dalam kalangan masyarakat setempat bahawa Pas hanya parti Semenanjung.

Sehubungan itu, katanya, tindakan sebilangan ahli Pas itu boleh menjejaskan hubungan Pas di negeri Sabah dan Sarawak.

“Kami berada di Sabah dan Sarawak berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai kaum. Yang mungkin bahasa-bahasa tesebut (yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas) hanya sesuai di Terangganu, Kelantan dan Kedah (dan) ia sangat tidak sesuai di Sabah dan Sarawak.

“(Ini) boleh boleh menimbulkan sentimen dan konflik… yang berhadapan dengan masyarakat adalah kami yang membawa Pas di Sabah,” katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ali Akbar mengakui, kenyataan tidak tepat yang dibuat itu mencetus kekecewaan dalam kalangan ahli Pas di Sabah.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya penduduk di negeri berkenaan agar berhati-hati dengan ‘parti Semenanjung’ yang cuba menggunakan lambang parti tempatan untuk mempengaruhi masyarakat.

“Berhati-hati ada parti Semenanjung sekarang yang menggunakan bendera parti lokal yang mereka ini tidak yakin dengan panji mereka, mereka tidak yakin dengan bendera mereka dan mereka takut menggunakan bendera mereka. Ini adalah parti pengecut.

“Jangan tertipu dengan keadaan ini… mereka sebenarnya berpura-pura,” tambah beliau lagi.
Terdahulu, DAP memutuskan untuk menggunakan logo Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung pada 26 September ini.

#Sumber : Astro   

MR :  Banyak faktor perlu difahami demi mengharungi perjuangan yang besar  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan