Header Ads

Header ADS

Patriot bisu, tuli dan kelu ketika anggota tentera dihina


Kita tertanya-tanya di mana Patriot yang diketuai oleh Dato Mohd Arshad bin Mohd Raji ketika anggota tentera dihina Muhammadin Ketapi.

Jangan hanya bersuara apabila sesuatu isu yang melibatkan Dap dan Pakatan Harapan saja.

Bangkitlah Patriot, jangan jadi Parrot.

Sementara itu di bawah ini adalah kenyataan Menteri Pertahanan mengenai penghinaan yang dilakukan oleh Muhamaddin Ketapi terhadap anggota tentera.

PENGHINAAN PEMIMPIN WARISAN TERHADAP WARGA PERTAHANAN DAN KESELAMATAN YANG MEMPERTAHANKAN TANAH AIR DAN KEDAULATAN NEGARA INI ADALAH TINDAKAN BIADAB – Warga keselamatan perlu tolak mereka dalam PRN Sabah.

Melihat dan meneliti video ceramah seorang pemimpin WARISAN Datuk Muhamaddin Ketapi yang sedang berkempen menjelaskan beliau seorang yang menolak mentah akan kebenaran.

Menuduh dengan sewenangnya bahawa peristiwa pencerobohan di Tanduo pada tahun 2013 adalah “Sandiwara” merupakan penghinaan nyata beliau kepada seluruh rakyat Sabah khususnya anggota-anggota keselamatan yang terdiri dari pelbagai agensi.

Dalam peristiwa itu seramai 10 orang anggota keselamatan kita terkorban dan beliau menyatakan bahawa perwira yang terkorban ini merupakan korban politik sesetengah pihak. Terkorban kerana perencanaan politik.

Apakah beliau sedar bahawa setiap anggota keselamatan menyabung nyawa untuk mempertahankan kedaulatan tanah Sabah dan bumi Malaysia ini dari serangan pengganas yang menyeberangi lautan dari Pulau Siminul Filipina untuk memastikan rakyat dan bumi ini tidak di takluk atau di ceroboh. Keamanan yang beliau nikmati hari ini hasil dari semua pejuang-pejuang yang terdiri dari anggota-anggota keselamatan pelbagai agensi yang menggadaikan nyawa setiap saat dan waktu memastikan keamanan.

Saya amat yakin jika pemimpin ini boleh mengeluarkan penghinaan ini dalam ceramah parti WARISAN maka ianya juga mungkin pendirian parti WARISAN keseluruhannya jika tidak dinafikan.

Justeru itu, saya mengajak seluruh rakyat Sabah dan terutamanya anggota-anggota keselamatan ATM, PDRM, APMM dan ESSCOM untuk menolak politik penghinaan ini untuk tidak sesekali menyokong atau memberikan undi kepada mana-mana calon dari PARTI WARISAN dan sekutu mereka dalam WARISAN PLUS yang jelas menghina seluruh anggota yang bertugas untuk mempertahankan negara dan bumi Sabah selama ini.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
Menteri Kanan Pertahanan Malaysia.
Naib Presiden UMNO MALAYSIA

#Sumber :   mykmu.net 

MR :   Dato Mohd Arshad ni pun barua DAP 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. apa aku nak komen tentang dia ni, kiv dulu lah, tengok sunggup kah dia berjuang hingga ke titis darah terakhir melawan kominis yang hendak dipromosikan kembali melalui penerbitan buku komik ala kominis. jangan buat2 lupa insiden itu.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.