Header Ads

ads header

Flash News

PBS nafi kerjasama dengan Warisan Plus bentuk kerajaan negeri baru


KOTA KINABALU:
PBS menafikan dakwaan bahawa ia akan bersatu tenaga dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah yang baru.

“PBS dengan tegas menolak dakwaan bahawa ia kini bersatu tenaga dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan,” kata ketua penerangan parti itu Joniston Bangkuai dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Dakwaan tersebut disebarkan secara meluas di media sosial berikutan keputusan pilihan raya negeri semalam.

“PBS adalah rakan kongsi setaraf dalam Gabungan Rakyat Sabah dan kekal setia bersama-sama sekutunya, iaitu Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.”

Menurut dakwaan itu Warisan berusaha menubuhkan kerajaan negeri dengan bantuan PBS yang memenangi 7 kerusi semalam.

Ini bermakna Warisan Plus yang memperoleh 32 kerusi dijangka mendapat 39 kerusi, sekali gus membolehkannya mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.

GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan PBS memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini, justeru membolehkannya mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.

Daripada 38 kerusi tersebut, PN menang 17 kerusi, diikuti BN (14) dan PBS (7).

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan