TASEK GELUGOR: Kotor dan menjijikkan. Itu gambaran selepas kelibat
seorang pekerja di sebuah kilang memproses kelapa dilihat memijak isi
buah tersebut yang dijemur untuk dijadikan kerisik.
Pekerja itu yang juga seorang lelaki warga asing bagaimanapun cuba
melarikan diri selepas melihat kehadiran beberapa anggota Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri dan
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Ketua Unit Cawangan Penguatkuasaan BKKM, Mohd. Wazir Khalid berkata,
pemeriksaan lanjut mendapati, keadaan di kilang memproses kelapa itu
agak kotor dan berbau.
Selain itu, katanya, kedudukan tandas pekerja pula bersebelahan
dengan longgokan kelapa yang telah dikupas selain menggunakan sumber air
sama untuk kegunaan tandas dan membersihkan isi kelapa.
“Kilang ini dikesan sudah lama beroperasi tanpa lesen dengan menggaji
pekerja asing yang tidak memiliki suntikan vaksin antitifoid,” katanya
selepas mengetuai Op Tegar di beberapa buah premis di sekitar Tasek
Gelugor, di sini semalam.
Selain kilang memproses kelapa itu, sebuah lagi kilang iaitu kilang
memproses mi sanggul diperiksa selepas risikan selama hampir dua minggu
dibuat.
Mohd. Wazir berkata, premis kilang itu dibina tidak jauh dari ladang
khinzir dan mi yang diproses dibiarkan berselerak serta bertaburan di
atas lantai dalam keadaan kotor dan dipenuhi lalat.
“Kilang ini pernah diperiksa pada 2012 namun pemiliknya masih
berdegil dan tidak memiliki lesen walaupun beroperasi untuk tempoh agak
lama,” katanya.
Tambah beliau, kedua-dua kilang termasuk sebuah kedai runcit
diberikan notis untuk menutup operasi selama dua minggu bagi kerja-kerja
pembersihan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Sementara itu, katanya, secara keseluruhan, sebanyak 16 kompaun
berjumlah sehingga RM20,000 dikeluarkan terhadap ketiga-tiga premis
tersebut atas pelbagai kesalahan.
Katanya, ia termasuk berkaitan penyimpanan dan penyusunan makanan serta kebersihan premis.
MBSP yang turut serta dalam operasi itu pula mengeluarkan dua notis
bersama tiga kompaun bernilai RM500 terhadap pemilik premis berkenaan
atas beberapa kesalahan berkaitan.
Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong perniagaan umat Islam untuk memperkasakan dan memartabatkan ekonomi umat Islam.
BalasPadamPeniaga-peniaga Islam membayar zakat perniagaan dan Wang itu akan disalurkan kembali kepada umat Islam yang layak.
Jika kita membeli barang terutamanya makanan dan minuman di kedai umat Islam, kita akan merasa lebih yakin tentang status halal dan kebersihannya.
Jika anda sokong perniagaan kafir, bukankah sebahagian wang anda akan disalurkan ke tokong, kuil dan gereja dan aktiviti dakwah kafir dan parti DAP dll ???
Jika kita umat Islam tidak sokong perniagaan umat Islam , siapa lagi Akan sokong?
SOKONGLAH BMF !
Saya sokong dan terus sokong. InsyaAllah.
BalasPadamSingkat kata untuk keuntungan luar biasa yang anda bantu saya perolehi hanya dalam seminggu dengan strategi pilihan binari. Maaf kerana saya ragu pada awalnya, saya melabur $ 200 dan memperoleh $ 2,500 hanya dalam satu minggu, dan terus melabur lebih banyak lagi, hari ini saya mempunyai kewangan berjaya, anda boleh menghubunginya melalui e-mel: carlose78910@gmail.com
BalasPadamMelalui whatsapp: (+12166263236)
Saya nasihatkan anda jangan ragu-ragu. Dia hebat.