Header Ads

ads header

Flash News

Pelakon veteran Wan Chik Daud meninggal dunia


KUALA LUMPUR, 26 Sept —
Bekas penyampai berita Wan Chik Daud meninggal dunia pada pukul 10 pagi tadi di kediamannya di Lembah Keramat, di sini.

Setiausaha Agung Seniman Hafiz Hanafiah dalam kenyataan hari berkata Allahyarham meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit pada usia 80 tahun.

Wan Chik merupakan penyampai berita RTM yang terkenal sekitar tahun 1980-an.

Isteri kepada pelakon Allahyarham M. Rajoli itu juga pernah membintangi filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu ‘Do Re Mi’ dan ‘Nasib Do Re Mi’ pada tahun 1966.

Sementara itu, Hafiz ketika dihubungi Bernama berkata jenazah telah dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat untuk urusan mandi dan solat jenazah dan Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana selepas solat asar.

#Sumber : — Bernama   

MR :  Innalillah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan