Header Ads

ads header

Flash News

Peranan bawa perubahan politik dan cabaran PRU15


LIPIS
: Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Lipis telah disempurnakan oleh Bendahari PAS Pusat, Dato’ Iskandar Abdul Samad di Dewan Abdullah Sani, Kompleks Tarbiyyah Al-Islamiyah, Kampung Berembang, di sini kelmarin.

Dalam ucapannya, Dato’ Iskandar mengingatkan mengenai kemungkinan PRU15 berlaku dalam tempoh terdekat berikutan perkembangan politik mutakhir, sekali gus menuntut jentera menggiatkan usaha.

“Dalam dunia politik, banyak benda yang kita tak nampak dan banyak bakal berubah. Kita harus sedar, peranan PAS dalam Perikanan Nasional sangat besar. Kita harus mempunyai keyakinan kerana keadaan sudah berubah,” ujar beliau.

Pun begitu tegasnya, disebalik perubahan pendekatan politik itu, dasar PAS tetap tidak berubah selain menyeru agar ahli meluaskan lagi pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta gagasan Wawasan Induk Negara Sejahtera.

Seru beliau, usaha menguatkan parti dengan melaksanakan penambahan Cawangan dan keahlian mesti dipergiatkan, selain peranan bersama agensi kerajaan untuk melaksanakan agenda pengisian dakwah dan seumpamanya.

Beliau mengingatkan ahli PAS agar tidak lupa untuk bermunajat dan bergantungan kepada Allah kerana cabaran perjuangan ini bukan semata-mata berhadapan Pakatan Harapan, tetapi juga tangan ghaib di mana hanya pertolongan Allah mengatasinya.

“Bekerjalah secara sistematik, ambil peluang dari keberkesanan dalam media sosial untuk menyebar mesej parti serta menggiatkan usaha dalam pendaftaran pengundi,” harap beliau kepada jentera.

Turut sama berucap pada majlis ini adalah Yang DiPertua PAS Lipis, Roslan Zainal Al-Ahmadi dan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Pahang, Hamdan Abdullah. – HARAKAHDAILY 18/9/2020

#Sumber :  Harakahdaily  

MR :  PAS mesti menerajui politik Melayu Islam  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan