Header Ads

Header ADS

Petugas SPR laksana proses undi awal dengan SOP


KOTA KINABALU -
Seawal jam 5.40 pagi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah berada di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar bagi melaksanakan proses pengundian awal membabitkan anggota tentera hari ini.

Proses pengundian awal yang bermula jam 8 pagi itu dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu membabitkan empat saluran.

Petugas SPR dilihat melaksanakan proses pengundian awal dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Anggota TLDM membuat pemeriksaan nama di saluran sebelum dibenarkan masuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan TLDM Kota Kinabalu pagi ini.

Anggota TLDM membuat pemeriksaan nama di saluran sebelum dibenarkan masuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan TLDM Kota Kinabalu pagi ini.

Ini termasuk memastikan anggota tentera dan pasangan diperiksa suhu badan, menggunakan cecair pembasmi kuman dan memakai pelitup muka sebelum dibenarkan memasuki pusat mengundi.

Sebahagian petugas SPR dilihat memakai sut peralatan pelindungan diri (PPE) bagi melaksanakan proses pengundian awal hari ini.

Sementara itu, anggota tentera dan pasangan masing-masing mula tiba seawal jam 7 pagi dan melakukan pemeriksaan saluran mengundi sebelum melakukan undi awal.

#Sumber :  SH   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.