Header Ads

ads header

Flash News

PKR gantung keahlian lelaki didakwa serang Rafizi 2 tahun lalu


PETALING JAYA:
PKR menggantung keahlian seorang penyelaras serta-merta, sementara menunggu keputusan sebuah mahkamah di Sabah berhubung dakwaan beliau menyerang Rafizi Ramli 2 tahun lalu.

Menurut laporan Malaysiakini, perkara itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution turut mengesahkan penggantungan Daing Muhammad Reduan Bachok kepada portal berita itu.

Surat penggantungan itu dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kasim yang menyatakan tindakan terhadap Daing diambil di bawah Fasal 41.6 perlembagaan parti itu.

Menurut surat itu, Majlis Pimpinan Pusat berhak menggantung keahlian atau melarang mana-mana ahli memegang jawatannya buat sementara sehingga keputusan dicadangkan Lembaga Disiplin.

Daing dilaporkan dilantik sebagai penyelaras DUN Lembah Jaya minggu lalu.

Pada November 2018, Rafizi yang juga naib presiden parti ketika itu mendakwa beliau diserang seorang lelaki pada pemilihan PKR untuk bahagian Keningau di Sabah.

FMT melaporkan Rafizi, yang menyasarkan jawatan timbalan presiden, “ditumbuk” di belakang badannya selepas beliau bersemuka dengan kumpulan yang mau bertengkar dengannya terdahulu.

Rafizi kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

#Sumber :  FMT  

MR :  Kisah lama akan membawa luka lama  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan