Header Ads

ads header

Flash News

PKR tetap guna logo sendiri, DAP belum buat keputusan


Jika semalam Amanah mengumumkan langkah mereka untuk berkongsi lambang Warisan dalam pilihan raya akhir bulan ini, PKR pula nampaknya mengambil langkah berbeza.

Ketua Pemuda PKR (AMK) Sabah, Raymond Ahuar, berkata Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang bermesyuarat pada 20 Ogos lalu bersetuju untuk menggunakan lambang sendiri.

“Keputusan majoriti dalam mesyuarat MPN baru-baru ini, kami menyokong untuk menggunakan logo PKR sendiri.

“Walaupun ada dua-tiga pandangan yang berbeza, tapi oleh kerana sokongan majoriti itu sudah ada, dan presiden sendiri sudah buat kenyataan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenyataan itu senada dengan pendirian yang sebelum ini disuarakan Presiden PKR Anwar Ibrahim pada 20 Ogos lalu.

Kata Anwar meskipun ada cadangan agar PKR bertanding menggunakan lambang Warisan, tetapi parti itu berpendirian untuk tetap kekal bertanding dengan lambang sendiri. 

Menyokong kenyataan Raymond, Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin, berkata meskipun ada cadangan menggunakan lambang Warisan, akar umbi parti menolak cadangan itu.

Malah katanya, soal menggunakan lambang Warisan sudah tidak berbangkit dan tidak akan lagi dibawa dalam mesyuarat pimpinan akan datang.

Tidak lama lagi

Katanya hal itu kerana PKR lebih mengutamakan gabungan dalam PH.

Selepas Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengumumkan parti itu akan bertanding menggunakan lambang Warisan, spekulasi kembali muncul dengan kemungkinan parti lain dalam PH juga akan mengambil tindakan sama.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu akan membincangkan isu PRN Sabah dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutir pusat (CEC) parti itu.

Ketika dihubungi hari ini Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin berkata satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat berhubung perkara berkenaan.

“Tunggu pengumuman,” katanya

Apabila ditanya tarikh pengumuman itu akan dibuat, jawab Chan: “Soon (tidak lama lagi)”.

Chan Foong Hin

Kali terakhir Sabah mengadakan PRN ialah bersekali dengan pilihan raya umum di seluruh negara iaitu Mei 2018. Warisan memenangi 21 kerusi DUN, manakala DAP mendapat enam kerusi, dan PKR dua.

Umno pula menguasai 17 namun kini hanya tinggal satu apabila semua - kecuali Musa Aman - melompat meninggalkan parti berkenaan untuk menyertai Warisan atau Bersatu.

Pada 29 Julai lalu Musa bersama 32 Adun lain mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru dan meminta Yang di-Pertua Sabah Juhar Mahiruddin mengadakan majlis angkat sumpah bagi kerajaan baru.

Bagaimanapun, atas nasihat Shafie, Juhar memutuskan untuk membubarkan DUN sehari kemudian.

Kumpulan Musa kini dalam proses menunggu Mahkamah Rayuan menentukan permohonan mereka untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak permohonan semakan semula mereka terhadap pembubaran berkenaan.

PRN Sabah dijadualkan berlangsung 26 September nanti.

MR :  Pembangkang yang bangkal bungkus  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan