Header Ads

ads header

Flash News

Ringgit terjejas akibat Anwar kemaruk nak jadi PM


KUALA LUMPUR:
Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS pada penutupan hari ini berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, yang dilihat sebagai mata wang selamat di tengah-tengah persekitaran politik AS, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1520/1570 berbanding 4.1320/1370 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata pelabur beralih kepada dolar AS selepas urus niaga lindung nilai di kebanyakan pasaran menyebabkan tarikan menjadi kurang bagi memegang risiko.

"Tambahan pula, 29 Sept ini akan menyaksikan perdebatan pilihan raya AS yang pertama, yang mungkin mencerahkan beberapa kebimbangan mengenai risiko politik di negara itu," katanya kepada Bernama.

Innes ketika mengulas mengenai pasaran tempatan memberitahu ringgit terjejas teruk selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan penggubal undang-undang yang boleh mencetuskan pilihan raya segera.

"Pilihan raya seperti ini amat membimbangkan bagi pasaran mata wang. Saya rasa ini pemacu terbesar pada hari ini sehingga menyebabkan ringgit jatuh.

"Di samping itu, indeks harga pengguna Ogos (IHP) merosot lebih jauh daripada yang dijangkakan, memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) ruang yang mencukupi bagi memperkenalkan sebarang polisi. Jadi kemungkinan, ia akan memperkenalkan kadar pengurangan dan menjejaskan ringgit bagi jangka pendek," katanya lagi.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, IHP berkurangan sebanyak 1.4 peratus dari tahun ke tahun kepada 120.1 pada Ogos 2020 daripada 121.8 yang direkodkan oleh bulan yang sama tahun lepas.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan lebih rendah.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0411/0459 daripada 3.0293/0337 semalam dan susut berbanding pound British kepada 5.2872/2944 daripada 5.2836/2908.

Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.8628/8703 daripada 4.8497/8560 sebelum ini dan jatuh berbanding yen kepada 3.9539/9598 daripada 3.9514/9570.

#Sumber :  -- BERNAMA  

MR :  Anwar dan Mahathir 2 orang ni kalau tak ada Malaysia boleh aman dan makmur  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dua dua ekor binatang ni penyebab huru hara Malaysia dari zaman dahulu lagi.

    BalasPadam
  2. Biasanya setiap kali PM dan menteri kerajaan PN membuka mulut untuk memulihkan ekonomi negara, prestasi ekonomi akan meningkat tinggi dengan izin Allah.

    Setiap kali puak Pee H bukan mulut, ekonomi negara termasuk pelaburan asing, saham, nilai ringgit dll akan merundum.

    Maka sudah jelas siapa kita perlu undi dalam PRU 15. Mahu negara menjadi maaju ke hadapan atau mundur ke belakang ?

    BalasPadam