Header Ads

Header ADS

Saifuddin Nasution berang kerusi untuk PKR kecil


Jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk ditandingi PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akhir bulan ini sangat kecil, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Sangat kecil, sangat kecil, untuk Keadilan (PKR) punya (jumlah kerusi) sangat kecil," katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Penerangan Sabah di Kota Kinabalu, hari ini, semasa ditanya mengenai jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk PKR pada PRN itu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan isu pembahagian kerusi akan dimuktamadkan sebelum penamaan calon Sabtu depan bersama-sama parti-parti dalam Pakatan Harapan bagi mengelakkan sebarang pertindihan atau perebutan kerusi.

Saifuddin Nasution berkata isu pembahagian kerusi turut dibincangkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam pertemuan tertutup di Kota Kinabalu, hari ini.

“Kita perlu juga mengambil kira kawasan-kawasan yang ada penglibatan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Amanah atau DAP dan itu lumrah dalam mana-mana proses perundingan kerusi," katanya.

Saifuddin Nasution berkata PKR juga mengambil kira dan melihat keperluan untuk bertanding semula di kawasan yang pernah dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Pada PRU14, PKR bertanding di lapan kerusi dan menang di dua kerusi iaitu di Dewan Undangan (DUN) Api-Api dan DUN Inanam.

#Sumber :  - Bernama  

MR :  Geng Atok mainkan PKR lagi  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Untuk makluman,,apa juga parti berbau ph mahupun berbau warisan pasti kalah teruk,ini janji rakyat sabah,,takperlu nk buat isu agama mahupun ma63 dah tak laku d mata rkyat sabah

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.