Header Ads

ads header

Flash News

Saya Berterima Kasih Kepada Melayu..... Asal Nya Melayu Orang Yang Sangat Mulia....Dan Tiada Ada Niat Jahat....


Ini kisah benar. Ayah saya Kuan Mui Hong belayar dari negara China naik kapal berminggu baru sampai ke Nanyang. ( Malaysia). Beliau terus pileh Batu Pahat sebagai tempat landing kerana Batu Pahat dekat dengan laut. Ada sungai Batu Pahat. Masa tamadun dulu, semua penempatan adalah melalui sungai. Ayah saya kahwin dengan mak saya, kerana mak saya adalah seorang YATIM PIATU kerana ibubapa kandung mak saya terkorban masa Jepun Menyerang Malaya.

Saya nak cerita pasal baik orang Melayu di Malaysia. Masa dulu Malaya susah.... tapi China dalam era komunis lagi susah menurut sejarah. Ramai China berhijrah ke merata dunia..... orang Melayu di Malaysia senang aja menerima kehadiran bangsa China di Malaya. Mereka tak ada busuk hati... tak menikam atau menusuk mana mana pendatang yang sampai ke Malaya ketika itu.... kalau orang India... mereka dibawa masuk oleh British.... untuk buat railroads.... orang China mereka datang kerana nak lari dari negara China yang masa itu amalkan sistem Komunis dan negara amat mundur ketika itu... saya INGIN PERJELASKAN KEIKHLASAN MELAYU MENERIMA PENDATANG YANG MERANTAU KETIKA ITU... TAK MEREKA BERNIAT JAHAT TERHADAP ORANG ORANG CINA YANG LANDING DI MALAYA... saya sungguh terharu pasal bab ini..

ayah saya di terima baik... atuk saya tak pernah datang ke Malaya... dan meninggal di China.... jadi kita JELAS LIHAT BAHAWA MELAYU TIADA ADA NIAT BURUK TERHADAP PENDATANG KETIKA ITU kerana kita sama sama ada niat hidup berharmoni ketika susah... saya sangat berterima kasih kepada orang asal dan orang Melayu yang telah menerima ayah saya untuk memileh negara ini sebagai negara yang AYAH SAYA YAKIN ADA MASA DEPAN UNTUK ANAK ANAK BELIAU.... ayah di beri sijil kerakyatan bila sampai ke sini.... lepas itu di beri IC ( Kad pengenalan yang berwarna biru).... ibu saya pun ada sijil kerakyatan dan kemudian baru di tukar jadi IC warganegara....

Jadi jelas di sini saya lihat sejarah kebaikan dan nilai keharmonian orang Melayu dan orang asal. Mereka tak pertikaikan kehadiran ayah saya malah ayah saya telah berkawan baik dengan semua jawa dan Melayu yang tinggal di estet kebun getah di Bukit Cermai Batu Pahat.......TAK PERNAH SAYA LIHAT MEREKA BERGADUH...SEMUA HIDUP HARMONI... masa 13hb Mei saya masih kecil.... tapi saya ingat lagi... ayah dan semua orang Melayu berkampung di estet... bincang... mereka buat persiapan agar "orang luar" tak boleh menyerang kampung kami... Melayu dan Cina stand solid , rantai basikal... lembing... pokok pisang jadi benteng...

Cina dan Melayu bincang nak lindung estet... bukan gaduh.. siap goreng beras agih agih... kerana beras goreng boleh tahan lapar... lepas itu apa apa pun tak ada berlaku... kerana 13hb Mei hanya di kawasan KL aja....

Saya buat nota ini dari hati saya... kerana saya tak mau kita bergaduh dan salah sangka... kalau Melayu tak suka Cina, lama dah kita tak dapat landing di tanah Melayu ini.... jadi tiada ada perbalahan sebenar nya berlaku... hanya mereka yang kini suka berpolitik mencari pasal.... nak bahagikan kita semua untuk berpecah agar mereka politik senang menguasai kita dan HANYA UNTUK POLITICAL SURVIVAL MEREKA AJA... ramai akan rasa saya PELIK DAN JANGGAL... tapi biarlah aku NOTAKAN KEBAIKAN ORANG MELAYU SEBELUM AKU PULANG KE KUBUR AKU... agar kita faham sejarah lampau.... agar kita menaikkan semula jalinan kasih yang kita ada dulu..dan kini dan seterus nya... siapa kata Melayu itu tak baik... tiada... kerana Melayu tak baik itu sakit mental politik dan kepesongan nilai Malaysia dan terpesong dari agama...

Melayu semua baik baik belaka.... India pun baik baik belaka buat railway, jalan dan bertungkus lumus buat estet dan lain lain... India ini asal nya orang simple... mereka datang sebagai tenaga untuk Malaya buat jalan... orang Cina pula buat rumah ketika itu bersama tukang rumah Melayu... Hakka Moi jadi benteng bawa pasir dan batu... ramai Hakka terlibat dalam industri bijih timah... getah dan lain lain... KITA SEMUA HIDUP HARMONI DENGAN ASAL NYA ORANG MELAYU/ ASAL MENERIMA PENDATANG CINA YANG TIBA DI MALAYSIA... DAN JUGA DI NEGARA LAIN SELURUH DUNIA...

Terima kasih pada orang Melayu asal yang memberi peluang pada ayah saya... sehingga kini saya akan kenang jasa sampai akhir hayat saya... saya tulis ini untuk di tinggalkan kepada anak anak saya agar hidup berharmoni di tanah yang bertuah ini, Malaysia.... SAYA JANJI SAYA AKAN SUMBANGKAN APA JUA YANG SAYA MAMPU LAKUKAN UNTUK MALAYSIA......
Kuan Chee Heng
MR :  Tapi ramai cina tak sedar diri bila mereka berada dalam PH   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Berapa ramai bangsa cina yang sedar dan tidak lupa diri seperti uncle kentang ini ?

    BalasPadam
  2. Dlm 10org hanya seorg yg macam uncle ni,disebabkan sifat manusia yg xnak berubah saling denki mendenki maka jahanamlah persahabatan didunia... Pepatah yg org putih bg sy pada 35 tahun dulu masih saya ingat lagi.... Bunyinya begini.. ORANG PUTIH MATI KERANA NAMA,ORANG CHINA MATI KERANA HARTA, ORANG INDIA MATI KERANA SUSAH HATI DAN ORANG MELAYU MATI KERANA SIFAT HARSAT DENKI....

    BalasPadam