Header Ads

Header ADS

Saya tak kritik, saya tak campur urusan parti lain, sebagai penasihat parti saya sekadar menasihat kata Kuli


GUA MUSANG:
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, menegaskan akan tetap memberi pandangan dan nasihat kepada ahli parti selagi menjawat jawatan itu.

Tengku Razaleigh berkata, pandangannya dalam semua perkara berkaitan parti adalah untuk kebaikan bersama dan menarik sokongan ahli bawahan secara berterusan.

Beliau berkata, segala pandangan menyentuh kepimpinan termasuk pemimpin UMNO dalam Kabinet adalah untuk menyampaikan ketidakpuasan hati rakyat.

"Saya kena jawab sebab dilantik sebagai penasihat, kecuali kalau tak nak bagi saya jadi penasihat lagi, saya boleh berhenti nasihatlah.

"Saya tak kritik, saya ulang saya tak kritik sesiapa. Saya tak campur urusan parti lain, (sebaliknya) saya hanya bagi pandangan ahli UMNO yang menemui saya," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan ketua dan wakil peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR bagi membincangkan tuntutan ladang sawit selepas tanam semula di Bukit Chekati di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya meminta pemimpin UMNO dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera berundur daripada jawatan masing-masing.

Gesaan itu berikutan pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menerima bukan Melayu sebagai ahli parti, sekali gus menghilangkan kelayakan parti itu sebagai anggota Pakatan Melayu Islam didukung Muafakat Nasional (MN).

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau juga menyampaikan pandangan orang bawahan yang melihat menteri yang dilantik daripada UMNO tidak diberi muka dalam kerajaan PN.

"Apa guna duduk situ. Itu pandangan orang bawah yang saya sampaikan dan ada orang tiada jawatan dalam parti pun ada kedudukan tinggi.

"Orang kita yang ada pegang jawatan sebagai Naib Presiden dalam parti pun tiada ada kedudukan (dalam Kabinet), seolah-olah begitulah," katanya.

#Sumber :   BH 

MR :    Kuli orang lama menebal dengan sentimen lama, yang datang jumpa dia pun orang lama dalam UMNO. UMNO perlu orang baharu berjiwa muda dan progresif tentang masa depan Melayu Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kuli, kenapa baru sekarang bersuara?
    Dimanakah kamu selama ini?
    KuLi sila fokus kpd perpaduan Melayu dan Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul nasihat ku li tak tepat.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.