Saya tidak terlibat dengan ‘Langkah Anwar’, tegas Nazri
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan beliau tidak mengetahui tentang usaha Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan.
Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menjelaskan, kali terakhir beliau bertemu dengan Anwar ialah ketika sidang Dewan Rakyat yang berlangsung dari bulan Julai hingga Ogos lalu.
Nazri juga menjelaskan, sepanjang lapan hari yang lalu beliau berada di Sabah dan tidak mengetahui tentang usaha Anwar ini.
“Saya berada di Sabah selama lapan hari dan pada masa itu saya tidak berkesempatan berjumpa dengan Anwar.
“Kali penghabisan saya berjumpa Anwar ialah ketika Parlimen bersidang pada Julai lalu, jadi saya tidak tahu menahu tentang langkah terakhir ini.
“Mungkin dia (Anwar) dapat menghubungi ahli-ahli UMNO yang lain tetapi sudah tentu dengan saya tidak ada apa langsung urusan, jadi saya tidak tahu menahu tentang perkara ini,” katanya kepada Astro AWANI.
MR : Tinggal 17 lagisila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan