Header Ads

ads header

Flash News

Sekeluarga ditahan edar dadah


KLANG :
Enam sekeluarga adalah antara lapan suspek ditahan polis dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kapar sejak dua bulan lalu.

Enam sekeluarga itu ditahan dalam satu operasi hasil maklumat awam di sebuah rumah di kawasan Persiaran Hamzah Alang, Kapar, di sini kira-kira jam 7.30 petang petang Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata dalam serbuan itu, polis menemui satu bekas karton kertas A4 yang mana di dalamnya ada bungkusan lut sinar yang dipercayai syabu seberat 146 gram, bernilai RM14,600.

Nurulhuda berkata, hasil soal siasat ke atas enam suspek sekeluarga itu, polis menahan dua lelaki dalam sebuah PERODUA Viva berdekatan sebuah hotel di Jalan Batu 5, di sini.

"Polis merampas satu sampul surat yang mengandungi satu beg plastik lut sinar berisi ketulan dan serbuk disyaki syabu dalam kenderaan itu.

"Dadah jenis syabu dianggarkan seberat 200 gram bernilai kira-kira RM20,000 serta polis turut menyita wang tunai RM1,000," katanya.

Suspek berusia antara 17 hingga 52 tahun.

"Dua daripada enam sekeluarga itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bagi tujuan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya.

#Sumber : BH   

MR :   Bisnis keluarga.. entah dah turun temurun 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan