Header Ads

ads header

Flash News

Semua 18 ahli Parlimen PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim


PETALING JAYA:
PAS mengesahkan tiada seorang pun wakil rakyatnya menyokong Anwar Ibrahim, tidak lama selepas presiden PKR itu mengumumkan beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” bagi membentuk kerajaan.

“Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan,” kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man kepada FMT.

Sementara itu, Naib Presiden Nik Mohd Amar Abdullah meminta FMT tunggu kenyataan perdana menteri “petang nanti”.

Terdahulu, Anwar pada sidang media mengumumkan dapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu, dengan “majoriti menyokong juga dalam kalangan ahli Parlimen Melayu dan Islam”.

Anwar mendakwa beliau boleh membuktikan sokongan itu “secara konklusif”.

“Majoriti menyokong juga dalam kalangan ahli Parlimen Melayu dan Islam,” kata Anwar.

Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, BN mempunyai 43 wakil rakyat, PPBM (31), PAS (18), GPS (18), dan STAR (1).

Di samping itu, PH mempunyai 91 wakil rakyat, Warisan (9), PBS (2), dan PSB (1).

Sembilan ahli Parlimen membentuk kumpulan penyokong Mahathir, dan seorang wakil rakyat Bebas.

#Sumber :  fmt  
    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan