Header Ads

ads header

Flash News

Sokongan kepada Anwar datang dari pengikut setia Najib, Zahid – Tun M


KUALA LUMPUR, 24 Sept –
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya sokongan sebilangan Ahli Parlimen UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu adalah bersyarat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, sokongan ini datang dari pengikut setia kepada Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Walaupun Datuk Seri Anwar kata yang dia tidak menerima sokongan dari enam Ahli Parlimen yang menghadapi kes-kes mahkamah,

“Sudah pasti yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar mempunyai kesetiaan yang lebih kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid,

“Jika kemahuan dua pemimpin mereka ini tidak dipenuhi, maka mereka akan bertindak sama seperti mereka lakukan kepada Tan Sri Muhyiddin dan menarik balik sokongan dan jatuhkan kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, apa yang sedang berlaku ini adalah sesuatu yang telah beliau nyatakan kepada Muhyiddin awal-awal lagi.

“Ketika itu saya membuat pendirian menolak kerjasama dengan UMNO secara en-bloc kerana itu bermakna saya terpaksa menerima kesemua Ahli Parlimen UMNO termasuklah orang yang menghadapi puluhan kes di mahkamah,

“Tetapi Tan Sri Muhyiddin berkata dia sanggup bekerjasama dengan UMNO secara en-bloc walaupun dia boleh diugut oleh UMNO jika kemahuan mereka tidak tercapai,

“Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di atas tujuh tuduhan kita dapat lihat bagaimana penyokongnya mula memperlihatkan rasa tidak puas hati terhadap Tan Sri Muhyiddin,” ujarnya.

Tambahnya, hari ini jelas apa yang dijangkakan akan berlaku sedang berlaku dan kenyataan Ahmad Zahid semalam mengesahkan bahawa sokongan dari UMNO memang bersyarat.

“Terpulanglah kepada Tan Sri Muhyiddin memikir akan pilihan yang terbuka padanya,” kata Tun Mahathir.

#Sumber : – airtimes.my   

MR :   Sampai hari Najib belum buat kenyataan tegas pasal isu ini 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan