Header Ads

ads header

Flash News

Tiada apa yang tumbang atau jatuh, kata KJ


PUTRAJAYA -
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar seakan menoktahkan spekulasi tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti.

Menerusi ciapan di laman Twitternya, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memuat naik sekeping gambar mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri.

"Baru selesai mesyuarat jemaah menteri. Tiada apa-apa yang tumbang atau jatuh," ciapnya.

Terdahulu Anwar pada sidang akhbar tergempar mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu bagi menggantikan PN.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun tidak memaklumkan jumlah sokongan ahli Parlimen diterima dengan alasan akan memaklumkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

#Sumber :  SH  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan