Header Ads

ads header

Flash News

Timbalan pengarah mengaku tak bersalah pecat pemberi maklumat SPRM


KUALA LUMPUR:
Seorang timbalan pengarah sebuah syarikat didakwa atas satu pertuduhan menyebabkan seorang kakitangan dipecat kerana memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan salah laku tertuduh.

Wafiy Abd Aziz, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 (3) (b) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 15 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ini ialah pertuduhan pertama sejak Akta 711 dikuatkuasakan pada 2010.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah syarikat di Kuala Lumpur pada 9 Jan lalu dengan mengapi-apikan pengerusi syarikat menandatangani dokumen “termination of employment” terhadap pemberi maklumat berusia 63 tahun itu sebagai tindakan balas atas kelakuan tidak wajarnya memberi maklumat kepada SPRM.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Afif Ali dan tertuduh diwakili peguam Siti Sarah Khalid.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan melarangnya mengganggu saksi sepanjang tempoh perbicaraan.

Hakim turut menetapkan sebutan semula kes itu pada 20 Okt ini.

Semalam, SPRM dilaporkan tidak teragak-agak menyiasat pihak cuba mengambil tindakan terhadap pemberi maklumat.

Katanya, pertuduhan berkaitan kes itu diharap dapat memberi isyarat kepada masyarakat supaya tidak gentar untuk menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa kepada pihak berkuasa.

#Sumber :  FMT  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan