Header Ads

Header ADS

Tun silap umum Pejuang blok ketiga


IPOH: Tun Dr. Mahathir Moha­mad tersilap apabila menyebut parti yang ditubuhkannya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai blok ketiga.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, pe­ngundi tidak berminat dengan kuasa ketiga sama ada Pejuang atau sebaliknya.

Menurutnya, ini menyebabkan Pejuang ditolak rakyat apabila calon yang disokong Mahathir, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.

“Saya fikir Tun silap apabila beliau sebut Pejuang sebagai blok ketiga dan tidak terikat dengan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).

“Rakyat di negara ini malah di seluruh dunia, memilih sistem dua parti.

“Mereka yang cuba menjadi suara ketiga kebanyakannya gagal atau merosakkan sistem politik yang ada, kacau daun saja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Aziz Bari yang juga Ketua Pembangkang DUN Perak bersetuju PRK Slim tidak boleh dijadikan ukuran penerimaan rakyat terhadap Pejuang di­sebabkan dinamika dan PRK berlainan berbanding Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurutnya, bagaimana pun sama ada keadaan itu boleh dipakai dalam konteks Pejuang, beliau tidak pasti kerana jentera kempen dan alasan moral kewujudan Pejuang itu sendiri memang tidak kukuh.

“Maksudnya perlukah Pejuang diwujudkan? Untuk apa dan apakah parti-parti yang ada tidak cukup atau tidak dapat memperjuangkan perkara yang hendak Pejuang ketengahkan?” katanya.

Mengenai penglibatan beberapa pemimpin PH membantu Amir Khusyairi semasa kempen PRK Slim, Abdul Aziz berkata, mereka datang atas nama peri­badi, bukan atas nama parti.

“Walaupun mereka datang membantu kempen, Pejuang masih gagal bahkan Pejuang gagal mempertahankan undi yang diraih PH dalam PRU-14,” ujar beliau.

#Sumber :  UM  

MR :   Tun sudah sampai masa pencen politik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. MAHATHIR antara manusia yang SUKAR AKUI KESILAPAN TETAPI SENTIASA MENYALAHKAN ORANG LAIN WPUN BERPUNCA darinya.

    BalasPadam
  2. Bukan sbb PEJUANG wakil PH ka punca mereka kalah. Yg tlg berkempen ada dari PH.

    BalasPadam
  3. ph ni ckp je bnyak..
    pang pung pang pung..
    tp penakut masuk bertanding..
    asyik guna proxy je..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.