Header Ads

Header ADS

26 ladang babi di Pulau Pinang buang sisa kumbahan ke dalam sungai


GEORGE TOWN:
Sebanyak 26 ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini didapati membuang sisa kumbahan dan najis secara terus ke dalam sungai di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan negeri Dr Norlela Ariffin berkata, pada masa ini Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah merujuk pemilik ladang babi itu ke mahkamah sementara menunggu Enakmen serta Peraturan Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang 2020 dikuatkuasakan, tahun depan.

“Menerusi enakmen itu juga, tindakan perobohan ladang penternakan babi yang tidak mengikuti syarat, termasuk membuang sisa ke dalam sungai boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Dewan Sri Pinang semalam.

Beliau berkata, sementara enakmen tersebut dikuatkuasakan pada 1 Jan 2021, pihaknya dengan kerjasama pelbagai agensi mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah pencemaran sungai disebabkan pelepasan kumbahan dari ladang babi tersebut.

“Antaranya, bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan memasang perangkap di kawasan parit supaya sisa kumbahan ladang babi tidak terus masuk ke sungai.

“Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melupuskan sisa pepejal babi, termasuk menukarnya bagi industri biogas,” katanya.

Norlela berkata, menerusi enakmen itu juga, semua pemilik ladang ternak babi perlu menaik taraf ladang mereka kepada ladang tertutup dan perlu memastikan ladang itu memiliki keluasan yang mencukupi untuk membina kolam kumbahan supaya sisa tidak terus dibuang ke dalam sungai.

Persidangan dewan bersambung esok.

MR : Kerajaan Pusat perlu ambil perhatian   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Malaysiakini tobat takkan petik berita ini

    BalasPadam
  2. Cukup senang aje penyelesaiannya...suruh aje TUAN PUNYA LADANG BABI dan keluarganya buat rumah dalam kawasan ladang ternakan Babinya...100 peratus gerenti xada pencemaran najis babi dan bau najis babi...😂😂😂🤣

    BalasPadam
  3. Kejahatan sebilangan penternak babi juga telah berlaku di beberapa buah negeri selain dari PP menyebabkan pencemaran alam sekitar termasuklah pencemaran sungai dll.

    Najis babi juga boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya melalui sungai dll kerana badan babi sesuai untuk pembiakan bakteria dan virus berbahaya. Bayangkan anda minum air dari sungai yang dicemari oleh najis babi.

    Kita juga akan merasa hairan jika pencemaran sungai oleh penternak babi dibiarkan tanpa sebarang tindakan dari pihak penguatkuasa. SPRM perlu juga menyiasat masalah ini.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.