Header Ads

ads header

Flash News

287 kes baru, tertinggi sejak wabak ini landa Malaysia


Terdapat 287 kes baru Covid-19 setakat 12 tengah hari tadi, menjadikan ia jangkitan harian paling tinggi sejak wabak ini menular, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Trend peningkatan inilah yang Kementerian Kesihatan (KKM) khuatiri dan diperingatkan hampir setiap hari kepada semua pihak, kerana perkara itu sememangnya selari dengan trend peningkatan jumlah kes dan kematian Covid-19 yang dilihat di seluruh dunia.

"Kes Covid-19 di dunia pada masa kini mencecah sekitar 34.2 juta kes dan jumlah kes harian menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 309,000 kes berbanding sebelumnya kira-kira 302,000 kes," katanya pada sidang media di Putrajaya petang ini.

Semua kes hari ini merupakan penularan tempatan.

Ini menjadikan bilangan kes positif terkumpul sebanyak 11,771 kes.

Semalam, terdapat 260 kes baru, kes harian kedua tertinggi sejak 4 Jun lalu yang mencatatkan 277 kes.

Kedah mencatatkan jangkitan baru tertinggi hari ini dengan 129 kes, diikuti Sabah sebanyak 113 kes, Selangor (31 kes), tiga di Terengganu, tiga di Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing mencatatkan 2 kes, manakala Pahang, Kuala Lumpur, Johor dan Labuan pula merekod satu kes.

Sementara itu, dua kluster baru dikesan di Selangor.

Setakat hari ini, bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,540 kes.

Seramai 22 pesakit sedang mendapat mendapat rawatan di ICU, dengan empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, jumah korban kekal 136 kes.

MR :   Kena PKP lagi nampaknya 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ydpa kena istihar darurat supaya jangan ada pilihanraya dalam masa terdekat. Kalau tak politikus2 yang kemaruk kuasa semua nak porak peranda negara.

    BalasPadam