Header Ads

ads header

Flash News

374 kes baru, 3 lagi meninggal dunia


Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 374 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini.

Sabah kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi dengan 277 kes.

"Lebih banyak aktiviti saringan (di Sabah) terus dijalankan di lapangan, terutama di pelbagai daerah PKPD dan PKPD secara pentadbiran, dan kapasiti ujian terus dipertingkatkan," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham menerusi siaran langsung di Facebook hari ini.

Selangor menjadi negeri dengan kes baru kedua tertinggi dengan jumlahnya meningkat hampir dua kali ganda dengan 44 kes, berbanding semalam (24 kes baru).

Kedah pula mencatatkan 27 kes baru yang kesemuanya daripada kluster Tembok.

"Kes-kes (di Kedah) sememangnya terasing di dalam penjara manakala kluster-kluster lain adalah terkawal hasil tindakan kesihatan awam yang telah dijalankan," kata Noor Hisham.

Turut mencatatkan kes baru adalah Sarawak (9), Kuala Lumpur (4), Pulau Pinang (3), Johor, Perak dan Labuan dengan masing-masing tiga dua kes, serta Melaka dan Putrajaya dengan satu kes.

Hampir semua iaitu 372 kes baru adalah penularan dalam negara, dengan 343 daripadanya melibatkan warga tempatan.

Sebanyak 17 kes melibatkan kalangan yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes dengan sejarah perjalanan ke negeri itu sejak 20 September kepada 341 kes.

Sementara itu, Noor Hisham turut memaklumkan seramai 73 lagi pesakit pulih hari ini, menjadikan jumlah pesakit pulih sebanyak 10,780 orang, iaitu 71.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 73 orang, meningkat lima orang berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 28 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham memaklumkan terdapat tiga lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 155 kes, iaitu 1.03 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Berikut adalah butiran korban yang dilaporkan hari ini:

Kematian 153 (kes 14,038)

Lelaki warga tempatan berusia 61 tahun yang dirawat di Hospital Tawau. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan Tuberculosis mata.

Kematian 154 (kes 14,974)

Perempuan warga tempatan berusia 54 tahun yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

Kematian 155 (kes 14,999)

Lelaki warga tempatan berusia 51 tahun yang dirawat di Hospital Semporna. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan