Header Ads

ads header

Flash News

660 kes baru Covid-19, empat lagi kematian


Seperti semalam, sebanyak 660 kes baru Covid-19 dicatatkan, termasuk empat lagi kematian yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada taklimat medianya secara maya di Facebook berkata, Sabah kekal sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 429 kes.

Ia diikuti dengan Kedah (113), Selangor (68 kes), Pulau Pinang (17), Labuan dan Kuala Lumpur masing-masing 7. Johor, Sarawak dan Perak pula masing-masing tiga kes, Melaka (2) dan Negeri Sembilan (1).

"Jka dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Sabah masih terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes (65 peratus).

"Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan yang sedang giat dijalankan di sana dan lebih banyak keputusan ujiansampel telah mendapat keputusan.

"Kedah pula mencatatkan sebanyak 113 kes (17.1 peratus) yang mana 109 kes adalah daripada Kluster Tembok yang melibatkan PenjaraAlor Setar, Penjara Pokok Sena dan Penjara SungaiPetani," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12:00 tengah hari tadi, 660 kes baru telah dilaporkan hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 17,540 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,768 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya.

Pada sidang media itu, ketua pengarah kesihatan turut memaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19. Bilangan itu juga sama dengan perangkaan semalam.

Dia berkata kesemuanya dilaporkan di Sabah, membabitkan tiga wanita dan seorang lelaki yang berusia antara 47 hingga 80 tahun.



Dr Noor Hisham juga berkata jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kini adalah 108 kes dengan 35 yang memerlukan ventilator.

Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini:

Jumlah discaj baru: 233

Jumlah kumulatif discaj: 11,605 (66.2%)

Jumlah kes baru: 660

Jumlah kumulatif: 17,540

Jumlah kes aktif: 5,768

Kes tempatan: 654 (608 warga negara, 46 bukan warga negara)

Kes import: 6 (2 warga negara dan 4 bukan warga negara)

   
   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan