Header Ads

ads header

Flash News

823 kes baharu COVID-19, ini lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham


KUALA LUMPUR :
Sejumlah 823 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dengan hampir 65 peratus daripadanya membabitkan jangkitan di Sabah.

Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes mencecah 26,565 dengan 9,202 kes aktif.

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

1) Terdapat 579 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 17,134 kes atau 64.5 peratus.
2) Sebanyak 99 kes sedang dirawat di ICU dengan 30 memerlukan bantuan pernafasan.
3) Terdapat pertambahan lapan kes kematian dengan semuanya direkodkan di Sabah.
4) Sembilan kluster baharu dikenal pasti termasuk empat di Sabah.
5) 823 kes baharu positif direkodkan dengan 9,202 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

#Sumber : Astro

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan