Header Ads

ads header

Flash News

889 kes hari ini, PKPB di Sabah dilanjutkan sehingga 9 Nov


Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah akan dilanjutkan untuk 14 hari lagi, iaitu sehingga 9 November ini.

Keputusan itu dibuat atas permintaan kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

"Ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan dalam kalangan penduduk di seluruh Sabah.

"Sehubungan itu, atas cadangan MKN Sabah dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di seluruh Sabah selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober 2020 sehingga 9 November," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

Ismail meneruskan sidang media hariannya hari ini setelah dibatalkan semalam susulan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah at Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Dia bagaimanapun tidak menyentuh soal mesyuarat khas Kabinet semalam yang dilaporkan setuju dengan pelaksanaan "darurat" bagi mengekang Covid-19, dan tiada soalan dibangkitkan berkenaannya dalam siang media yang hanya dihadiri media rasmi itu.

PKPB seluruh Sabah mula dilaksanakan sejak 13 Oktober lalu dan pada mulanya dijadual berakhir pada 26 Oktober.

Ismail juga mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di dua kawasan dalam daerah Tawau di Sabah, iaitu di Taman Semarak dan PPR Balung.

Ia berkuatkuasa selama dua minggu bermula 26 Oktober hingga 8 November.

"PKPD di kedua-dua lokaliti ini akan melibatkan 4,266 buah rumah dengan jumlah 21,470 penduduk.

"Bagi memastikan pematuhan perintah ini, polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuaas tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat," katanya lagi.

PKPD asrama pekerja Tropicana Golf & Country Resort di Petaling Jaya, Selangor - yang berkuatkuasa sejak 12 Oktober - pula tidak dilanjutkan dan akan berakhir esok.

"Sehingga 23 Oktober, KKM membuat sebanyak 503 saringan di asrama pekerja dan 23 kes positif direkodkan. Kesemuanya telah menerima rawatan di hospital manakala kontak rapat telah diarahkan menjalani kuarantin wajib.

"Sehubungan itu, atas cadangan MKN Selangor dan nasihat MKN, sidang khas ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di sana seperti yang telah dijadualkan. Walaubagaimanapun, lokaliti ini masih tertakluk di bawah pelaksanaan PKPB bagi seluruh Selangor," katanya lagi.

MR :  Lockdown sahaja itu jalan terbaik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan