Header Ads

ads header

Flash News

Belajarlah Mencari Kesatuan Politik Daripada Kisah Arab, Rom Dan Parsi


1. Sebelum datangnya Islam pada akhir abad ke-6 Masihi, empayar Rom dan Parsi merupakan dua kerajaan yang mempunyai kuasa hagemoni di dunia termasuk Timur Tengah, sama ada politik dan ekonomi.

2. Di manakah bangsa Arab?

Bangsa Arab ketika itu hanya menjadi proksi dua kuasa besar tersebut sahaja. Antaranya, Bani Lakhm (Iraq) yang pro Parsi dan Bani Ghassan (Syria, Jordan) pro Rom. Dengan tradisi asabiyyah kabilah Arab yang kuat, ini lagi merumitkan satu kesatuan bangsa Arab.

3. Akhirnya setelah cahaya Islam datang ke bumi Arab, dunia bangsa Arab berubah juga membawa Rahmatan lil 'Alamin. Kesatuan politik orang Arab makin kuat walaupun masih mengamalkan sistem kabilah. Semuanya berubah atas semangat ummatan wahidah (umat yang satu).

4. Bagaimanakah mereka bersatu? Bukankah orang Arab keras kepala dan masing-masing gilakan kuasa (baca: jawatan)? Mereka bersatu kerana semuanya faham yang mana tujuan lebih utama.

5. Musuh utama dalam politik mereka, adalah Rom dan Parsi. Maka bangsa Arab (Muslim) bersatu menjadi satu kuasa politik kuat di Timur Tengah hingga dapat mengalahkan Parsi dan Rom dalam Perang Yarmuk dan Perang Qadisiyah. Bangsa Arab menjadi satu kuasa besar walaupun berubah kadangkala sistem pemerintahan daripada Khulafa Rasyidin, Umaiyah, Abbasiyah.

6. Namun setelah 300 tahun kewafatan Rasulullah, bangsa Arab semakin 'hilang taring' dalam geopolitik serantau. Bangsa Arab hilang kesatuan dan kembali berpecah. Akhirnya, mereka diganti oleh orang Mamluk dan bangsa Turki dalam mewakili khilafah Islam.

7. Maka, ibrah daripada kisah Arab, Parsi dan Rom boleh diambil oleh ahli-ahli politik Malaysia terutama ahli politik yang beragama Islam. Yang menjadi kekuatan utama dalam satu kesepakatan politik ialah faham tujuan utama. Dan tidak lain tidak bukan, tujuan utamanya ialah memelihara agama Islam dan memakmurkan negara Malaysia.

8. PAS, UMNO dan PPBM serta beberapa gabungan parti di Sabah & Sarawak telah berjaya membentuk satu blok pakatan politik yang baru. Dulunya, dinamakan Perikatan Nasional (PN). Tetapi umum tahu UMNO & BN tidak menyertai PN secara rasmi tetapi masih memberi sokongan kepada kerajaan sekarang.

9. Pakatan baru ini menjadi kuat hingga dapat menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan tidak sampai sepenggal memerintah Malaysia. Kerana mereka faham apa tujuan utama pakatan mereka. Menjatuhkan kerajaan PH. Tetapi sekarang sudah ada bibit-bibit pertelingkahan berlaku dalam pakatan ini.

10. PRN Sabah memperlihatkan kemenenangan satu gabungan parti baru iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dalamnya ada komponen BN, PN, dan PBS. Ini menjadi indikator baru pakatan ini sememangnya boleh menjadi 'Grand Coalition' yang terbaik untuk buat masa ini dalam politik negara kita.

11. Kuncinya dua, jangan berpecah dan tahu matlamat bersama dalam pakatan. Belajarlah daripada kesatuan bangsa Arab suatu ketika dahulu.

Nazef Iskandar Abdullah

MR :  PAS mengambil pengajaran dan TGHH memulakan misi ini, yang ini geng AMANAH bodoh nak faham  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan