Header Ads

Header ADS

Cadangan supaya menarik balik sokongan kepada Muhyiddin turut dibincangkan kata Zahidi Zainul Abidin


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Zahidi Zainul Abidin, mengesahkan bahawa cadangan supaya menarik balik sokongan kepada Muhyiddin turut dibincangkan.

“Pandangan tarik sokongan daripada Muhyiddin ini ada juga pandangan tersebut, macam-macam... tapi majoriti no (tiada kerjasama dengan ) Anwar dan DAP.

“Dalam keadaan ini kita tengah bincang, ada juga pandangan supaya kita dapat bincang semula dengan Muhyiddin, contoh sekarang, antara menteri-menteri kanan dan menteri penting dipegang oleh Bersatu, Umno hanya menumpang,” katanya.

Zahidi bagaimanapun berkata mesyuarat tidak membincangkan isu supaya Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“Kita sekarang bincang apa terbaik untuk rakyat, sebab itu saya kata rakyat jangan salahkan ahli politik, sebab wujud situasi ini (adalah kerana) undi rakyat dulu kena tipu...,” katanya.

Anggota Parlimen Padang Besar dari BN, Zahidi Zainul Abidin juga berkata berkata, masalah kemelut politik yang berlaku kini adalah kerana kesilapan rakyat yang mengundi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu pilihan raya umum (PRU-14) lalu.

Tambahnya, jika kemelut politik ini tidak diselesaikan, ia bakal memburukkan lagi keadaan ekonomi negara.

Dia berkata demikian setelah ditanya pemberita berhubung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah yang menuntut ahli politik supaya berhenti bermain politik demi menjaga kestabilan negara.

“Pertama sekali, itu saranan Yang di-Pertuan Agong kita kena ikut, tetapi situasi sekarang 50-50, jadi pelabur tidak akan datang, ekonomi kurang baik dan yang buat keadaan jadi macam ini adalah rakyat.

“Rakyat yang undi 50-50 (PH) ini dulu dan rakyat kena tipu,” katanya ketika ditemui di bangunan Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Sebentar tadi, semua ahli parlimen BN dan Umno mengadakan mesyuarat di bangunan tersebut.

Mesyuarat itu diadakan susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong semalam, yang menolak permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.

Ia bagi membolehkan ahli parlimen BN untuk menyatakan pandangan masing-masing mengenai kemelut politik tanah air.

Sementara itu, timbalan menteri komunikasi dan multimedia itu turut meminta rakyat jangan menghukum ahli politik yang kini sedang melakukan tugas untuk membetulkan keadaan tersebut.

“(PH janjikan) tol percuma, harga barang turun tetapi benda itu tak semua berlaku dan rakyat yang buat keputusan (mengundi PH) dan keadaan hari ini dari keputusan rakyat.

“Orang politik ini tugas hanya betulkan keadaan sahaja jadi bagaimana untuk betulkan keadaan, ini yang patut kita bagi pandangan,” katanya lagi.

MR :  UMNO nak jadi king maker 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Iyolah... dulu yakinkan akar umbi pro umno konon kerajaan gabungan melayu islam bumiputera... TOLAK DAP sehingga pru 15... hanya MN...
    Ehhhhhh lintang pukang jdnya.. boleh pulak katanya buat aku janji nak lantik midin jd pm selepas pru 15.. seronok benor berbelit belit dgn janji sendiri.... dah kena buli dgn bersatu.. bagi bersatu, umno ni dah masuk longkang... tak faham lagi ke

    BalasPadam
  2. Nak sokong lagi, aset negara yg dijual apa cerita? Tabung hj apa cerita? Pas umno tak letih ke dulu melalak suruh siasat. Dah bagi pun memo kat mentri agama? Dah gabung ngan midin ehhhhhh senyap. HAHAHA

    BalasPadam
  3. Ingatkan dah puas menjual aset. Jual jual jual... p ramlee lelong lelong lelong. Aset untung jual murah? Rupanya belum puas. Ni giliran felda/fgv pulak.
    NAK SOKONG LAGI?

    BalasPadam
  4. Era ph jd menteri KDN. Kini naik pangkat PM. Zmn ph selalu sgt dgr kalimat tak boleh ambik tindakan kerana ada dap/mahathir. Ni dap mahathir dah takde, bila nak siasat kes kes berbangkit lama dan baru?

    Jho low? Hilang tanpa jejak. Cerita sama berulang hilang tanpa jejak, macau scam?

    Nak sokong lagi?

    BalasPadam
  5. Terang terang video memperlekeh dan menghina umno.
    MASIH NAK SOKONG?

    Jelas jelas kena buli kena tonyoh je.
    MASIH NAK SOKONG?

    Hati batu ke korang hai pemimpin umno. Yg berperang kat bawah ni akar umbi pro umno. Takde upah tapi ikhlas berjuang. Angkat korang balik. Dah bernyawa suara akar umbi tak dipeduli. Korang memang seronok dpt gaji puluh ribu. Bila kalah pru, senyap cabut dulu. Laman fb/twitter pun sepi.

    BalasPadam
  6. NAK SOKONG?
    APA KATA KETUA ARMADA?
    PARTI SKANDAL?
    TAKDE HARGA DIRI KE KORANG? MCM MCM UMNO DIHINA. UMNO DITEKAN.
    DUIT UMNOPUN MASIH DIBEKU.
    DAH LUPA KEJADIAN PRN SBH. DISABOTAJ MASIH NAK SOKONG?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.