Header Ads

ads header

Flash News

Cerita Tuan Guru Nik Abdul Aziz hendak letak jawatan MB Kelantan


Pada tahun 1995, berlakunya pergolakan di dalam SEMANGAT 46 dan melbatkan PAS sehinggakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hendak meletakkan jawatan Menteri Besar Kelantan.

Ustaz Fadzil Mohd Noor mengarahkan saya untuk memujuk Tuan Guru Nik Aziz supaya tidak meletak jawatan.

Saya bersama Cikgu Pa bertolak ke Kota Bharu untuk mendengar keluhan Tuan Guru.

Saya mulakan dengan kisah Saidina Uthman bin Affan RA yang dikepung rumahnya ketika ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau dan meminta Saidina Uthman meletak jawatan sebagai khalifah.

Saidina Uthman RA menjawab, jawatan khalifah itu adalah pakaian yang Allah SWT pakaikan kepadanya. Beliau tidak akan menanggalkan pakaian yang dipakaikan oleh Allah SWT tersebut.

Begitulah juga dengan Tuan Guru Nik Aziz, jawatan Menteri Besar Kelantan itu adalah pakaian yang Allah pakaikan kepada beliau.


Merah muka Tuan Guru dan beliau menerima pujukan tersebut dan terus memegang jawatan sehingga hampir hujung hayat beliau.

Semoga Allah merahmati Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang hidup matinya bersama perjuangan Islam dan menempuhi segala cabaran dan dugaan.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

MR :   Muhyiddin boleh ambil pengajaran daripada cerita ini.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan