Header Ads

ads header

Flash News

DAP, PAS, Amanah belum dapat maklumat mengadap Agong


Beberapa parti hari ini berkata mereka belum mendapat maklumat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, susulan pertemuan Presiden PKR Anwar Ibrahim pagi ini.

“Tak betul,” kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan ketika dihubungi.

Presiden Amanah Mohamad Sabu pula ketika dihubungi sebentar tadi memaklumkan perkembangan sama.

“Belum dipanggil, belum ada apa-apa maklumat,” katanya.

Mereka mengulas spekulasi ketua-ketua parti akan dipanggil mengadap Agong susulan sembah mengadap Presiden PKR Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Anwar sebelum ini berkata dia akan mempersembahkan sokongan diperoleh pada Agong untuk membentuk kerajaan baru.

Setakat ini tiada reaksi Istana Negara dan parti-parti lain yang dikatakan akan mengadap Agong hari ini.

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan